menu hari ini : kurma + mee rebus + air suam
Assalamualaikum...salam ramadhan kepada semua.puasa hari ini? sudah berbukakah? makan apa tadi? wahh sedikit senang aku tahun ini,kerana puasa lebih bermakna dengan adanya pembakar roti...erk,apakah? di sebabkan kat rumah tak ada yang nak guna pembakar roti tu so,aku pun rembat jelah.lagipun kat rumah tu,aku sorang je kot yang selalu guna pembakar roti tu.tak kisah la apa pun kan janji bahagia sudah aku tak ganggu orang lain pun.tak ada apa sangat aku nak taipkan di sini.saja mahu berbual kosong dengan sesiapa yang sudi mendengar mahupun membaca blog picisan ini.
.
hati sedikit sayu kerana hari pertama berpuasa jauh dari keluarga...tapi tak mengapa kerana esok selepas subuh aku sudah mahu cabut lari balik ke rumah family.dan terpaling best,aku akan bercuti selama 4hari seronok-ronok bukan =p sebenarnya aku sengaja mengambil cuti 2hari kerana ada beberapa hal yang perlu aku uruskan.hope2 segalanya berjalan lancar...aku nak siapkan kerja sikit dan ada beberapa helai baju lagi yang perlu aku siapkan.kang tak siap tak beraya pula...baju orang tu kan.sedang memikirkan sulam2 yang sesuai untuk baju mak dan adik2.baju melayu encik hafiz dan nuh sedang dalam proses pembuatan...dan aku sudah pun memilih sulam yang sesuai untuk baju mereka.
maaflah dalam bulan puasa ini aku agak kurang bercakap tapi lebih banyak membaca...aku rasa lebih tenang begitu.dan maaf juga jika aku tidak membalas sebarang SMS mahupun menjawab sebarang penggilan HP mood dalam keadaan kurang bagus agak keletihan sedikit.jadi aku ingin berada di dalam keadaan aman seketika mahu menenangkan minda yang sarat ini.fokus utama,adalah kerja dan ibadah...owh,kepada sesiapa yang berasal dari negeri sembilan,melaka dan johor,sila email aku beautifulrose_azie@yahoo.com ada beberapa pekara yang aku ingin bertanya kepada kamu2.sekian terima kasih kekasih.
Beautiful_Rose
wah masyuk arr ko ekk byk tempahan ekk :)
ReplyDeleteahah.. pembakar roti tu jgn wat bakar time lunch da.. haha
ReplyDeletebaju mlayu ak nnt boleh sulam x?
Nuh:-
ReplyDeleteNuh syg kamu!
Jumaat ni ye spt di plan2. .
Kapur makan nuh x lupa. . .
Jgn risau ye dear. .
busy la orang tu nampaknya... (^_^)
ReplyDeleteoi oi layout baru!!=p
ReplyDeletenak ngade2 sedih jauh pose konon..lpas tuh ckp nak balik dah..cisss..jeles neh.hehe
miss :
ReplyDeletex de lah masyuk sangat...sikit tu adalah wat lepas bayar pape yang patut.aku ambik takat y mampu je.
oranglidi :
hahah x de punyalah aku orang baik puasa penuhn x bakar roti time lunch pon =p
sulam baju? sudah berubah fikiran kah?
nuh :
okay2 pastikan kapur makan ada ye jumaat nieh...hikhikhik =p
shukri :
hehehhe tak lah bz sangat sikit2 tu adalah....tak balik minggu ni?
bukan lumut :
heheh saja tukar angin buat layout baru...ko pon apa kurangnya header baru blog baru lagi tu =)
hehhe jangan la jeles2 jom2 ikot aku balik sama nak? =p
nak venture business di selatan ker?
ReplyDeletemoga ada rezeki lebih di Ramadhan ini ya.
Tapi jangan rezeki itu buat kamu leka dalam ibadah.
yang dunia ini inferior to thus we bring back to shoe The Almighty right :)
dah.
jaga kesihatan kamu ya.
Salam
AJ Nismihan :
ReplyDeletetak lah...aku mahu bercuti untuk seketika di selatan.mahu merehatkan minta dengan panorama indah di sana.
alhamdulillah berkat ramdhan...tAK banyak sikit pun jadilah.
kamu juga jaga kesihatan ya.