Tuesday, August 17, 2010

Gastrik Alasan Untuk Tidak Puasa?

.
Semalam pasal puasa dan kesihatan hari ni aku cerita pasal gastrik pula...ada orang suka sangat bagi alasan macam ni kan..."saya tak boleh puasa,nanti gastrik" pernah dengar kan alasan macam ni? ini aku panggil alasan nak makan penampar.sebab apa,siapa cakap orang yang ada gastrik tak boleh puasa sila angkat hidung! hahaha jangan nak memandai ya orang yang ada gastrik juga boleh berpuasa.malah,digalakkan puasa sebab puasa adalah salah satu cara untuk kurangkan penyakit ini.so,kalau ada yang cuba nak bagi alasan macam ni,jangan la korang percaya...
.
penyakit gastrik ialah apabila berlakunya luka kecil di bahagian usus iaitu duodenum (ulser duodenal) ataupun ulser gastrik di bahagian perut...luka dalam perutlah tu susah sangat nak faham.okay kat bawah ni ada tanda2 jika seseorang itu mengalami gastri...
.

Gejala

- Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.
- Rasa pening kepala.
- Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
- Loya atau muntah.
- Badan rasa lemah lesu.
- Berat badan menurun
- Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.

gastrik juga adalah sebab pemakanan yang tidak tepat,kalau korang tengok kat atas tu "angin" so,kalau boleh elakkan la daripada makan makanan yang sejuk dan boleh mengundang angin seperti kobis,ubi,makanan pedas,kacang dan berminyak.lagi korang makan makanan macam ni,lagi bertambah la gastrik korang tu.lagi satu,kalau makanan kunyah tak hancur atau tak hadam.aku tau la sebab aku pun gastrik jugak.haiiyoo kantoi banyak betul penyakit aku ni ya memang lemah antibody betul =p lagi satu,selalu juga aku dengar ada orang ambil ubat tahan sakit dan kadang2 panadol untuk hilangkan sakit gastrik nieh.

.
aku bagitahu kat korang ni,amalan mengambil ubat tahan sakit atau nama glemernya "pain killer" memanglah nak cari nahas namanya.sebab terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit boleh menyebabkan asid di dalam perut bertambah dan mengalami kelukaan.ada jenis2 ubat tahan sakit yang tidak mengganggu perut.so,sebelum korang pandai2 nak beli ubat tu,sila rujuk doktor dulu jangan main telan je ye.kalau beli kat farmasi,korang kena bagitahu pada ahli farmasi tersebut yang korang ada gastrik.antara pain killer yang selalu doktor bagi pada pesakit gastrik adalah mobic dan tramadol ini yang ada kat klinik tempat aku kerja.
.
berbalik pada gastrik selalunya doktor akan bagi ubat seperti gaviscon,tagamet,evilene sama ada bentuk cecair atau tablet kunyah,domper atau motidone.lain2 adalah ubat angin seperti cuplaton,gelusil,actal,charcoal,gascoal.ubat2 ini perlu di ambil sebelum makan ya jangan memandai selepas makan pula.if korang dah termakan,boleh tunggu selama 1/2jam baru boleh makan ubat gastrik tu.
.
untuk elakkan gastrik pada bulan puasa ini,sila kurangkan pengambilan makanan pedas,berminyak,yang masam atau seumpamanya.dengan cara ini boleh mengurangkan rasa pedih apabila berpuasa nanti.sebab kalau terlalu banyak makan makanan tersebut boleh menyebabkan angin banyak dalam perut.sebab tu ada sesetengah orang tu kerap sendawa dan diiringi dengan rasa pedih kat ulu hati.untuk maklumat lanjut,boleh baca kat sini ya.okay cukup untuk hari ni aku penat nak rehat jap...penat juga bagi penerangan ni ya =p
.

.
.
.

.

:: sedang fell pakar kesihatan pula =p
.
Beautiful_Rose

9 comments:

  1. nie memang tul2 bagi tips kesihatan nie...goodey!

    ReplyDelete
  2. aku kalau gastrik mmg mkn ikan siakap msk 3 rasa, kangkung goreng belacan, tomyam campur dengan telur dadar je.

    Alhamdulialh, terus baik.

    ReplyDelete
  3. hai rose.. maaf sangat2 dah lama tak menjenguk anda..
    bulan sudah kureng bab blogging
    busy dengan kerja harian..

    singgah sini kejap bace 3,4 entry yang banyak tertinggal..
    maaf ye..
    selamat menyambut bulan ramadhan..
    hehe.. semoga jauh dari alasan diatas..
    amin..

    ReplyDelete
  4. si biskut :
    hehehhe tau x pe...

    o kambeng hitam o :
    erk,adakah itu ubat mujarab yang ko makan untuk hilgkan gastrik???

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o :
    hahhaha okay ko mmg kejam =p

    bulan :
    hai juga...
    tak apa aku faham selalu baca status kat wall FB ko.

    suka nak baca entry ko y gila2 tuh... =)

    ReplyDelete
  5. salam...


    kalau boleh janganlah tak posa...wp gastik pun..cubalah posa..

    ReplyDelete
  6. itu la orang panggil 'gas trick'. alasan. haha.

    ReplyDelete
  7. uncle ber_u_wang :
    tau x pe...saya pun gastrik juga still boleh gak pose.tak paham kenapa org jadikan gastrik tu alasan.

    sekamar rindu :
    wlsm..
    insyallah masih tetap berpuasa biarpun gastrik.

    shukri :
    hahahha shukri memang betul pon =p

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah