.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose


.
Assalamualaikum....
maaf agak sibuk baru2 ini,maka sebarang panggilan telefon,sms,mesej fb, tidak dapat di jawab dengan kadar segera.atau mungkin tidak berjawab buat sementara waktu...fikiran sedang membuntu otak bercelaru bila gatal tergaru2 eh,ada kaitan ke? what ever lah malas nak fikir dah...tapi apa yang pasti tiba2 terasa seperti mahu membuang segala alat telekomunikasi sebabnya aku macam malas nak guna.hp berdering pun kadang2 malas nak jawab sms lagi lah malas gila nak balas.aku just guna hp bila nak dengar mp3 jerk...keji okay baik aku beli mp3 jerk kan senang.tak yah susah2 nak usung si gemok noki tuh lagi...
owh,sebarang pertanyaan atau soalan boleh tinggalkan mesej anda pada kotak soalan di sebelah kanan sana ya "fromspring.me" maaf kalau ada beberapa soalan yang tak berjawab sebabnya aku baru je bukak hari nieh.dan ada beberapa soalan yang aku dah balas.pada mereka2 yang menghantar soalan merepek2,sila balik ke rumah sekarang! sekian.....
.
.
.
p/s : sticky mode entry terbaru ada di bawah,harap maklum.
Beautiful_Rose



.
Rumus di atas tidak ada kena mengena langsung dengan rumus algebra saja aku ringkaskan di sini itu adalah saiz pakaian.hebat bukan dari XL - L = M motif? senang cerita mahu buat pengakuan jujur lagi perasan yang melampau2 bahawasanya aku telah bertukar saiz baju.atau dalam bahasa mudahnya aku sudah kurus! wah! wah! wah! bulat mata sampai nak terjojol keluar biji mata sila kontrol ya...dulu aku manusia gemuk yang memakai baju bersaiz XL sila percaya petak2 imagine lah macam mana yang kau mahu memang aku pakai baju saiz XL dulu.erk,tapi itu tahun2 yang lalu...masa dalam tahun 2005 - 2008 macam tu.
.
"macam makcik2 lah kau ni"
"kau sudah kahwin ke? macam orang sudah beranak saja"
"awak sedang pregnant?"
.
secara jujurnya soalan ini memang sangat2 buatkan aku makan hati berulamkan jantung cicah sos cili okay,sila jaga hati saya baik2 *ayat penegasan* sakit hati gila2 setiap kali orang tanya aku soalan yang macam ni kira macam satu penghinaan yang amat dahsyat! dulu aku pernah buat entry marah gila2 babi kat entry ini dan ini.memang aku marah pun okay dan aku memang berhak marah untuk membela diri yang tak terbela ini.salah ke aku gemuk? salah ke jadi gemuk? kau susah ke kalau aku gemuk? kau tergugat ke kalau aku gemuk? mestilah tak kan...so,jangan la asyik nak kondem orang gemuk2 macam tu tak baik okay.kau kutuk2 orang gemuk macam tu,kau ingat kau gila sempurna sangat ke? kalau aku nak bidas balik boleh je....
.
" kau tak gosok gigi ke,gigi kau kotor berkulat2 (dia perokok tegar) "
" ehh....muka kau banyak gila jerawat Bertompok2 mesti tak pernah cuci kan?"
"eeiii...kurus gila kau nie macam terngkorak jalan pun terkengkang2"
.
nampak...aku boleh bidas balik kalau aku nak,tengok mulut siapa lagi pedas.silap2 kau berlari2 balik rumah mengadu pada mak lepas kena caci macam tu.hei,orang gemuk pun ada hati perasaan juga jangan sedap2 rasa je kau nak kata dia macam tu.ingatlah wei...manusia akan berubah hari ni dia gemuk entah tahun depan dia slim melim macam megan foz baru kau nak ternganga meleleh air liur.gemuk atau kurus itu fizikal okay boleh berubah2 ikut keadaan kau ingat benda ni kekal ke? mestilah tak kan memang dah tertulis segala isi benda yang ada kat muka bumi ni memang tak kekal.macam tu jugak dengan saiz boleh berubah bila2 masa,nak dengan tak nak je.so,kau nak kata apa kalau dulu aku pakai baju saiz XL sekarang saiz M aku sudah boleh pakai.silap2 saiz FREE SIZE dan S pun aku boleh muat tau.
.
hei2 kawan,kalau kurus sangat pun tak cantik okay ada sedikit macam cacat di situ....*maaf pada orang2 kurus* jalan pun kadang2 nampak macam terkengkang2 nak pakai kebaya atau segala baju ber cutting sila beranganlah ya.kau pakai memang boleh,tapi kau rasa cantik ke kalau body kau lurus macam tiang? kadang2 jalan pun macam orang nak tumbang,lagi tak boleh blah kalau kau kurus tapi perut kau buncit kahkahkah ternak cacing ke sayang? ada pulak badan kurus pakai baju ketat sendat sampai nak bernafas pun tersekat2 tapi yang kelakarnya bila nampak lemak2 lembik yang gelebeh tu? hadoi...kurus tapi lembik body tak padat langsung tak cantik okay...so,sebelum kau nak kata orang,cermin dirilah kawan kita nie manusia memang tak sempurna.janganlah nak bangga2 diri sangat tak baik silap2 ALLAH tarik balik nikmat yang kau ada tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.




Entry basi...alahai banyak betul entry aku yang pending2 semua gara2 ketiadaan lapy sendiri.makanya nak mengonlinekan diri terpaksa ke keluar pekan bertapa di cc.malas nak berceloteh panjang,ini adalah award dari cik bungakopi.haiiiyooo BEAUTIFUL BLOGGER macam tak sesuai jerk dengan aku beautiful ke? comot selekeh sana sini adalah....apa pun trimass kepada cik bungakopi sebab bagi award nieh pada aku.nak terima award pun ada rules juga okay so,kat bawah nieh rules dia....
RULES:-
1.Thank & link the person that gave you the award.
2.Pass this award to 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic.
Aku Seorang Yang :-
# Obses terhadap bunga rosedah 5 orang cukup.....nak letak banyak2 tak larat aku nak copy link satu2.kamu2 yang cantik manis,sila ambil award ini ya sekian..........
Beautiful_Rose