Sunday, February 14, 2010

Tauke Kedai Runcit

Assalamualaikum...
harapnya ini adalah hari terbaik dan lakukan semua pekara dengan yang baik2 saja,mind set positif okay! maaf entry "si penjahit pakaian cinta"masih lagi di dalam proses belum siap sepenuhnya.sementara itu aku mahu bercakap kosong sahaja...lupa nak bagitahu yang aku kini berada di rumah keluarga tercinta.sepatutnya petang khamis sudah boleh pulang bercuti,memandangkan aku terlibat dengan perbarisan kawalan untuk konvo di shah alam,maka aku hanya boleh balik selepas tamat majlis pada hari sabtu semalam.mulanya aku hanya dapat cuti sehingga hari rabu dan hari khamis harus pulang.tetapi di beri kelonggaran kepada yang terlibat dengan konvo untuk bercuti sehingga isnin depan! seronok? tak sangat kot sebabnya aku masih ada beberapa homework yang harus di siapkan sepanjang cuti ini.dan aku juga terpaksa pulang ke kolej pada hari isnin dengan menaiki bas lagi!

tapi tidak mengapalah itu dinamakan "cabaran hidup" kalau aku mengalah sekarang,itu bermakana aku lemah dan pengecut.aku tidak mahu mengalah dengan terlalu awal ini baru permulaan dan aku harus lawan semua itu mesti! lupakan tentang hal kolej sebentar aku mahu bercerita tentang tajuk di atas "tauke kedai runcit" entry ini bukan nak kutuk sesiapa tapi ini hanya sekadar sesuatu yang terlintas di fikiran aku baru sebentar tadi.tengahari tadi selepas menjadi penunjuk arah ke tempat rekeasi,aku terus pulang.dalam perjalanan tiba2 tekak terasa haus lalu aku bercadang untuk membeli air di kedai.tetapi faham2 sajalah hari ni tahun baru cina,makanya banyak kedai2 runcit yang tutup.tambahan lagi majoriti perniaga kedai runcit terdiri daripada kaum cina.lalu aku terpaksa berjalan agak jauh ke kedai sir untuk membeli air.

dalam perjalanan tiba2 aku terfikir sesuatu...kedai runcit majoriti di monopoli oleh kaum cina.kaum india tempat kedua maksud aku ada tetapi kurang dan kaum melayu macam...tak ada! maaflah kalau aku silap sebabnya aku tak nampak kedai runcit melayu di sini.kalau ada sila tunjuk pada aku kerana aku tidak tahu.dan aku teringatkan ayah...ayah tinggal lagi 1tahun setengah untuk bekerja dan selepas itu ayah akan bersara.bermakna tidak lama lagi,dan pada masa itu aku dan adik2 lain masih belum habis belajar lagi.bermakna kami masih perlu dan bergantung harap pada ayah.mak pernah bagitahu pada aku yang ayah nak usahakan tanah kebun selepas bersara nanti.tapi tanah tu luas,kalau ayah sorang saja yang usahakan rasanya tentu meletihkan.tambahan pula kudrat ayah bukan sihat seperti dulu...dulu ayah juga bekerja dan di waktu cuti ayah akan ke kebun.tapi sejak ayah berpindah ke teluk intan,tanah kebun itu terbiar semak.

okay itu selingan,berbalik cerita tentang kedai runcit tadi,aku terfikirkan idea ini untuk ayah.kalau ayah membuka sebuah kedai runcit,makanya ayah tidak perlu bersusah untuk berkebun lagi.bukan maksud aku untuk membiarkan tanah ladang itu...maksud aku ayah boleh menjaga kedai runcit dan pada masa yang sama upah orang untuk jaga kebun.maka,di situ ayah akan mendapat 2 hasil pendapatan.aku tahu nak membuka sebuah kedai runcit bukan sesuatu yang mudah.tapi aku merasakan ini adalah idea yang baik untuk di guna pakai.memandangkan kaum cina mungkin akan bercuti panjang apabila tiba perayaan maka banyak kedai akan tutup.kalaulah ada orang melayu yang membuka kedai runcit tika ini,tak perlulah orang ramai risau atau bersusah payah berjalan jauh untuk membeli barang lagi.lagi pula kita orang melayu islam pula,adalah lebih baik sekiranya mempunyai perniagaan sendiri.Nabi Muhammad juga adalah seorang ahli perniagaan.bukankah lebih baik sekiranya kita memajukan ekonomi umat islam,sampai bila kita asyik nak bagi duit pada kaum lain sajakn?






Beautiful_Rose

2 comments:

  1. aku setuju org melayu kena berani mencuba

    ReplyDelete
  2. From Mr Green:-
    lepas ni u plak kn bukak kedai k????
    pegi bukak kedai cepat!

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah