Tuesday, August 10, 2010

Aku Bukan Kawan Kau Lagi

.
"jangan cuba menabur janji kalau kau tak mampu nak kotakan.jangan cuba menanam harapan kalau kau akan musnahkan.kerana kau KAWAN aku tak pernah sesekali lupa segala apa yang kau katakan.aku pegang semua kata2 kau KAWAN dari mulanya sampai ke hari ini.cuma yang buat aku terkilan,kau seakan sudah melupakan segalanya.sedangkan kau tak sedar yang berapa ramai lagi KAWAN2 yang lain masih mengharapkan kau adalah sama seperti dahulu."
.
.
.
Dulu aku ada seorang kawan baik dari sekolah sangat rapat sangat akrab bagaikan isi dengan kuku.banyak hal yang di kongsi bersama,pergi ke mana tidak pernah lupa.ke sana ke sini sentiasa bersama sehinggalah satu janji di ikat tak akan melupakan sampai bila2.tapi semua tu dulu...dulu sebelum kau jumpa yang baru sebelum kau punya buku kehidupan baru.sebelum kau punya jalan yang baru sebelum kau jumpa teman2 yang baru.
.
kau add FB aku tapi terlalu susah nak tengok kau tegur aku hatta aku tag nama kau pada gambar aku sekali pun.pernah juga aku bertanya kepada beberapa teman yang lain.dan setiap dari jawapan mereka adalah sama.
"dia tak pernah tegur aku"
.
"dia sudah lain sangat".
.
"owh,dia sudah ada pengganti kita"
.
"dia mungkin sudah melupakan kita2 semua"
.
"dah lama aku tak jumpa dia"
.
"kita tak setaraf dengan dia lagi"
.
.
.
okay,aku sedih dengar jawapan dari semua teman2 yang lain...dengan teman2 yang lain kami masih sama seperti dulu saling berhubung samada melalui HP atau pun FB.tapi,bila topik perbualan di ubah mengenai perbincangan tentang runion semua seperti hilang minat.kerana segala plan akan hancur lebur tanpa sebarang hasil...sebabnya tak cukup ahli.hari raya,hari yang terpaling kau punya cuti yang panjang tapi susah mahu jumpa kau.nak ajak kau keluar jarang sekali sampaikan mesti buat appoiment dahulu.kau balik cuti kami semua tak tahu...tahu2 saja kau sudah mahu pulang semua ke tempat kerja.aku ingat lagi peristiwa di FB...
.
.
.
"yeay! cuti sudah habis,esok sudah mahu pulang untuk teruskan kerja.seronok betul dapat bercuti.next time jumpa lagi ya."
.
"kau cuti? aku tak tahu pun...lama kau cuti kenapa tak bagitahu pada kami?"
.
"ada...kan sudah post pada wall FB semua orang boleh lihat di situ"
.
"bukan semua orang boleh mengadap FB setiap hari,lainlah macam kau banyak masa free".
.
.
.
okay kau senyap tak balas komen aku mungkin berkecil hati atau mungkin malas mahu ambil tahu.kalau pun kau nak berkecil hati dengan aku,memang tak ada sebab munasabah pun.jadi aku di biarkan tanpa sebarang jawapan dan kau senyap untuk beberapa lama sampailah pada satu hari kau leave komen pada gambar2 aku di kolej...
.
.
.
"eh,kat mana ni kau dah sambung belajar ya?"
.
"kat kolej aku...yup aku dah sambung belajar pun"
.
"tak tahu pun.ambil cos apa ya,tak bagitahu pun"
.
"aku sambung dress making level 2 dah nak habis pun"
.
"tak cerita kat aku pun"
.
"eh,kan ke aku sudah post pada wall FB semua orang boleh lihat di situ kan?"
.
.
.
tengok...ayat terakhir aku,ayat pembunuh betul2 membunuh.aku pulangkan balik kata2 kau pada aku dulu.kau senyap kau terdiam tak membals lagi mungkin kau terasa hati.aku bukan niat nak sakitkan hati kau...cuma aku mahu membela apa yang aku rasa betul.kau sedar tak,kawan2 lain masih sayangkan kau sama seperti dahulu? kau sedar tak kawan2 lain masih ingat dan teringin mahu berjumpa dengan kau? kau terlalu berkira dengan kami kan.bila kami send SMS pada kau,kau jarang sekali balas selalunya memang tak balas langsung.tapi bila kau send SMS tapi kami tak balas,kau akan marah dan kata macam2 pada kami.pandaikan kau...bila masa kami kau tak peduli,bila kena pada diri kau tahu pula kau nak bising.
.
kami semua sedar dan tahu kami tak setaraf dengan kawan2 baru kau tu...kami tak sama macam kawan2 baru kau yang alim,baik hati lagi sopan santun lemah lembut lemah gemalai lemah lutut.cakap pun slow2 pakai tudung labuh2 berbaju kurung jalan teratur.tak macam kami,jalan berterabur kasar bahasa ada yang sudah free hair sudah pandai make up pakai mascara bagai tukar imej pakai shawl.tapi sungguhpun buruk kami di mata kau,kami tak akan pernah sesekali lupa pada kau tak pernah lupa kau adalah kawan kami sampai mati.itulah janji yang tersimpul mati dalam hati!
.
.
.
.
.
.
.

Beautiful_Rose


.

11 comments:

  1. kadang-kadang ade yang kita rasekan dia kawan kita tapi pada dia kita bukan siapa-siapa pun ....


    sedih jugak ...

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! :)

    ReplyDelete
  3. its a normal..beautiful rose,hidup manusia sentiasa berubah.
    cuma jgn ada dendam dlm hati..

    ReplyDelete
  4. Memasing nak berbalas..jd gitulah.hhe.jgn tacing2^..takleh gak bersangka buruk kat dia..iye dak...mayb raya ni boleh ziarah menziarahi.

    ReplyDelete
  5. bermaaflah rose
    mengalah itu tidak menyatakan kita kalah.
    kan menjadi yang lebih baik itu cukup indah.
    dan kamu, jangan lah di pendam lama sangat sedih hati; kan Allah ada untuk pujuk jiwa kamu.

    berkawan la selagi boleh.
    aku pun berkawan sehabis daya.
    cuma kalau ada yang dah berubah atau aku dah berubah, aku redho saja.
    hidup ini ada peringkatnya.
    dan untuk apa yang terjadi hari ini dan esok-esok, aku tak kan lupa yang semalam itu cukup manis masa aku dengan dia-dia.

    cubalah.
    hidup menghargai ini cukup indah; kalau pun hati kita sedih tidak di hargai orang. kan Allah itu ada :)

    kawan itu akan hilang bila kita berfikir "ah, dia sibuk kot. malas aku kacau" kerna dia pun akan fikir hal yang sama, dan natijahnya 2 insan rapat berjauhan.
    sedih kan.

    sabar ya rose.
    ambik berkat Ramadhan dan cari jalan kedamaian.
    hidup lebih aman dengan damai hati dari kusut dengan amarah jiwa.

    boleh macam tuh?

    ReplyDelete
  6. mawar_berduri :
    mmg sedih...tapi nak buat macam mna orang dah lupakan kita.

    baincardin :
    salam ramadhan buat kamu juga.

    si biskut :
    x ada dendam dalam hati buat teman itu.tapi hanya ada sedikit rasa kecil hati pada sikapnya itu.

    anonymous :
    hurmm harapnya tahun ni dapatlah bersua muka.tapi rasanya dah terlalu lama dia tak menghubungi lagi.

    AJ Nismihan :
    yup sudah tentunya boleh begitu.aku akn cuba sedaya yang mampu.

    mier@merr :
    salam ramdhan buat kamu... =)

    ReplyDelete
  7. miss :
    hati manusia memang mudah berubah.

    ReplyDelete
  8. adik akak dan saya jugak ada masalah yang sama. sedih betul la. huhu.

    ReplyDelete
  9. shukri :
    tulah bila dah senang kita di lupakan.sedangkan masa dia susah dulu,kita jugalah tempat dia berpaut.

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah