Tuesday, June 28, 2011

Mulut Bangkai



Ok lah gua tak kisah kalau lu nak kata gua emo ke hape,dan gua pun tak kisah kalau lu nak kutuk bahan gua sekali pun.gua dah lali gua dah cukup kebal telinga siap ada penapis suria lagi untuk perlindungan berganda.apa kaitan gua pun tak paham.tapi gua cukup lah pantang datuk nenek moyang segala kalau jenis manusia mulut busuk macam bangkai.lu,kalau nak cakap kasar macam gengster ke gua layan je tak de hal punya.tapi kalau stok mulut tu macam bangkai memang gua naik angin.

lu boleh tak kalau nak menyembang tu cakap biar molek sikit.gua tau la lu lama gila kot tak jumpa gua contack gua lama tak dengar khabar berita gua.kita kawan pun dah lama der...sejak dari tadika lagi kan.sebelum mak ayah lu pindah rumah baru sebelum lu bersunat dulu,lu ingat tak habis sekolah je gua selalu lepak rumah lu dengan unifrom tadika merah biru siap duduk bawah pokok jambu batu,lu ingat tak? bagus la kalu lu ingat kira kita kawan memang dah lama gila.

gua kenal lu dan lu pun kenal gua.tapi bila masa,jarak dan kerjaya memisahkan kita,masing2 dah berubah dah tak macam dulu lagi.tapi tak bermakna lu boleh suka2 nak samakan gua dengan kawan2 baru lu kat sana.lu kalau nak tanya khabar gua,boleh tak guna bahasa yang sopan santun sikit? gua cakap baik2 dengan lu.dan jadahnya mulut lu setiap pertanyaan di akhiri dengan perkataan "bengong" lu pernah kene sepak terajang tanpa sebab tak? ini spesis mulut bangkai tak ingat punya,gua rasa macam nak lempang.nasib lu kat alam maya,kalau depan gua,memang dah lama kena.gua pun lama juga tak melempang orang.

kawan lama : bengong..
gua : ko la bengong
kawan lama : ko keje ke?
gua : nop...tapi tengah buat kerja
kawan lama : study lagi?
gua : tak lah dah habis pun. just masukkan data jerk
kawan lama : tak faham aku kerja apa pula tu?
gua : kerja kat tempat aku kerja la.
kawan lama : kerja apa bengong?
gua : lempang nak? aku malas nak chat dengan ko.
kawan lama : heheheh ok2 sory ikan tembakul
gua : ko kalau cakap macam cela** pergi chat dengan orang lain.tak boleh nak chat elok2 ke?


:: lepas tu langsung dia senyap.agaknya sedang guna perkataan tu
kat orang lain pulak kot...kalau orang cakap baik2 dengan kau,
kau pun kenalah cakap baik2 dengan orang,ada faham?








Beautiful_Rose

Monday, June 27, 2011

Lain Dunia



biar pun bertahun kau kenal seseorang itu,adakah kau pasti kau benar2 kenali dia? kenal akan hati budinya? kenal dengan semua sifat dan perilakunya? kenal dengan tabiat dan kegemarannya? kenal dengan tindakkan semulajadinya? aku baeritahu ini,walau 100tahun sekali pun kau tak akan benar kenali dia melainkan kau tinggal serumah,tidur sebantal,makan bersama,jalan seiring,habiskan masa bersama dan paling dalam sekali bila kau duduk dengan dia di saat dia meluahkan rasa.

tulisan maya tidak menggambarkan sifat realiti seseorang.mendengar suara tanpa melihat juga belum cukup kukuh untuk buatkan kau benar2 kenal seseorang.apa lagi hanya sekadar bertemu 2,3kali tanpa meninggalkan apa2 makna.reason aku berkata begini? sebab aku bukanlah seperti apa yang tertulis di sini.penilaian kau terhadap penulisan aku tak sama dengan aku dalam realiti.tak percaya? okey banyak bukti tapi berapa ramai yang perasan ye?

so,jangan terlalu mudah membuat kesimpulan sebelum kau betul2 kenal seseorang itu.
atau dalam erti kata lain,jangan suka suki kau nak menghakimi orang atau letakkan hukuman
sebelum kau betul2 punya bukti yang kukuh.

:: ye,entry ini aku tujukan buat kau.buat kau di sana
yang sedang stalk aku dalam diam.






Beautiful_Rose

Wednesday, June 22, 2011

Regular Patients



REGULAR PATIENTS 1
gua : makcik timah!
makcik timah : ye nak...
gua : ini ubat makcik ye...ubat tahan sakit urat makan 1biji 3x sehari
ubat sendi makan 1biji sekali,ubat radang makan sebiji sekali.
makcik timah : owh,sekali makan jelah ye?
gua : ye makcik sekali makan semua selepas makan ye makcik.
makcik timah : yelah...dah tua2 kan macam2 penyakit.
gua : ye makcik,balik nanti makan ubat ye.
makcik timah : selalu dah makcik datang sini lama juga kamu kerja ye?
gua : hehehheh tak lah lama sangat baru2 juga la 3tahun
makcik : nama kamu siapa?
gua : erk,nama? azie....hehehe
makcik : owh....muda lagi kamu ye,dah kahwin?
gua : kahwin? belum lagi makcik...
makcik : anak lelaki makcik pun belum kahwin juga kerja kat KL sana...
gua : owh yeke...
makcik : selalu dia yang hantar makcik datang klinik,sekarang dah kerja jauh
payah la sikit...
gua : yeke...tak pe jalan baik2 ye
makcik : yelah...terima kasih la ye
gua : sama2 makcik....


REGULAR PATIENTS 2
gua : pakcik abu!
pakcik abu : ye...
gua : ubat ye pakcik...ubat angin makan 1biji 3x sehari,ubat sebu perut 1biji 2x sehari
ubat gastrik makan 1biji 2x sehari.semua sebelum makan ye pakcik.
pakcik abu : owhhh.....semua sebelum makan la ye?
gua : ye pakcik sebelum makan.
pakcik abu : kalau ubat dah habis,boleh beli tak?
gua : boleh pakcik bawa je sample plastik tu.
pakcik abu : ye lah terima kasih la ye.
gua : sama2 pakcik...
pakcik abu : siapa nama kamu?
gua : erk,nama saya? azie.
pakcik abu : asal mana?
gua : tanjung malim...
pakcik abu : owh,berulang ke?
gua : tak lah tinggal kat sini juga dengan kawan.
pakcik abu : belum kahwin lagi lah?
gua : heheheh ye belum lagi pakcik...
pakcik gua : anak lelaki bongsu pakcik pun belum kahwin,sebaya kamu agaknya.
gua : owh,yeke...
pakcik abu : tak pe la nak,pakcik balik dulu la ye.
gua : ye...


REGULAR PATIENTS 3
gua : ye encik,nak jumpa doktor ke?
pesakit x : tak lah,saya nak jumpa awak.
gua : ermm... *malas nak layan
pesakit x : doktor ada tak?
gua : doktor belum sampai lagi on the way...
pesakit x : selalu ke doktor datang lambat macam ni?
gua : tak lah.nak jumpa doktor ke?
pesakit x : ye....
gua : bagi sini ic.
pesakit x : nah ni ic saya...
gua : ermm...
pesakit x : awak ni adik doktor ke?
gua : adik doktor? tak lah saya staff dia.
pesakit x : yeke....muka sama ada iras2
gua : mana ada saya bukan adik doktor.
pesakit x : yeke...tapi betullah muka awak ada iras2
gua : ermm...
pesakit x : saya ingat awak adik dia.
gua : tak lah...encik,duduk dulu ye kejap lagi doktor sampai.
pesakit x : ok..... * sambil sengih2 minta penampar.


:: gua boring bila ada jenis patients yang macam gini...






Beautiful Rose


Tuesday, June 21, 2011

Jangan Hina


Aku paling tak suka kalau ada orang yang suka menghina tak pun pandang rendah pada orang lain.tak kisah la apa pun kekurangan dan ketidak sempurnaan seseorang tu,janganlah sesekali kita menghina atau pandang rendah pada dia.apa hak kita buat macam tu? sedangkan kita sendiri juga punya kelemahan diri.kita manusia biasa tak hebat mana pun mungkin kelebihan yang kita ada tak ada pada orang tu.dan kelebihan orang tu juga tak ada pada kita.setiap orang di beri kelebihan dan kekurangan yang berbeza.kerana di antara manusia kan saling berhubungan untuk menjadi lengkap.

semua orang mengharapkan kesempurnaan dan sedaya mungkin cuba untuk menjadi sempurna.tapi tak ada yang lebih sempurna melainkan yang ESA mahu pertikai lagi? selalu sangat bila kesempurnaan itu tidak seperti yang diharapkan akan mulalah keluar kata2 penghinaan yang menyakitkan hati.cari kesalahan supaya boleh di jadikan alasan untuk merendahkan kebolehan seseorang.jika dia tersilap mulalah nak kondem habis2 nak bagi dia give up then mengaku kalah pada kelemahan sendiri.

seronok sangat ke buat orang rasa give up apa yang bestnya kalau hina dan pandang rendah pada orang lain? hei,kita semua ni sama taraf je semua golongan hamba golongan yang hina,masih tak sedar lagi? hanya kerana kau rasa diri kau bertaraf hebat,maka sesuka hati kau boleh hina orang,macam tu?sedarlah berapa lama je kita kat atas esok lusa di bawah tanah juga.kedudukan yang kau ada sekarang tu pun pinjaman sementara jerk nak bagi kau merasa nikmat dunia yang penuh dengan penipuan dan hipokrasi manusia sejagat...

:: terima kasih banyak2 lah bagi hadiah penghinaan
ni kat aku,sangat2 hargai...




Beautiful_Rose



Thursday, June 16, 2011

Awas,Jika Anda Demam 4


:: okeh ini sambungan dari cerita pasal demam denggi...sorry skip lama sangat sebab malas nak taip dan edit =p untuk baca entry lama,sila klick tajuk2 berkaitan di bawah ye...


Nurse datang lagi macam biasa ambil darah dan chek tekanan darah aku.nurse yang datang ambil tekanan darah aku tu india kemudian datang nurse melayu untuk ambil sample darah aku.nurse yang agak kasar...kali ini dia tidak cucuk lengan aku lagi,dia ambil pada tiub butterfly yang terbenam pada tangan kiri aku.picagari di pam untuk sedut darah aku tapi tak berhasil banyak kali juga dia pam sampai aku dah tak mampu nak tahan sakit tu lagi.dan akhirnya nurse tu ambil alternatif lain dengan memicit tangan aku kuat2 untuk keluarkan darah.sakit gila tangan aku di tekan picit masa tu.sampai nurse india tu menegur,tapi dia tetap tak peduli dan terus picit sampai darah keluar.

petang tu nurse pindahkan aku ke wad sebelah dimana keadaan aku sudah mulai stabil sikit.nurse kata platelet aku sudah naik ke angka 50 tapi masih perlu berjaga2 juga dan teruskan meminum air secara kerap.sebab air normal saline sudah tidak di masukkan lagi dalam badan aku.kira,semua bergantung sepenuhnya pada aku untuk minum air dengan lebih kerap lagi.wad kali ni lebih selesa lagi sebab tak perlu tangan aku di sambungkan pada tiub yang mana aku tidak boleh bergerak bebas untuk berjalan ke tandas.kalau dulu tangan aku sentiasa disambung dengan tiub sampaikan nak ke tandas,aku terpaksa memanggil nurse banyak kali.yela orang sakit kudrat tak ada suara pun tak keluar,terpaksalah panggil banyak kali.

di wad baru ni lebih selesa makcik2 yang sakit pun lebih ramah berbanding di wad pemerhatian tu.sebab di wad lama,semua orang yang aku pandang macam psiko je buatkan aku lagi takut dan cuak tak tantu pasal.rasa sunyi sebab tak ada yang sudi berbual dengan aku.di wad yang baru hanya ada aku dan 2 org makcik melayu dan india yang ramah.dan aku lebih rasa tenang sesekali mereka menegur aku...petang tu nurse datang lagi chek tekanan darah aku,nurse kali ini nampak lebih pendiam dan cekap dengan kerjanya.tapi kurang senyuman...masa dia ambil darah aku,mulanya aku takut juga kalau2 sakit.tapi aku langsung tak rasa apa2 tau2 je dah selesai dan aku kagum dengan nurse tu.aku lupa apa nama dia,tapi tak apa lah kalau jumpa aku rasa masih cam akan wajahnya.

kerjanya cekap dan teliti tapi sayang kurang senyumana.aku cuba bertanya macam mana keadaan aku pada dia dan katanya keadaan aku stabil aku sudah tidak demam lagi.tapi aku masil perlu ambil darah lagi.bila dengar je kena ambil darah lagi aku merungut sikitlah sebab sudah bosan.nurse tu senyum dengar aku merungut...comel betul senyuman dia =p malam tu aku tidur agak awal sesekali bangun untuk ke tandas.nurse bertugas berwajah ketat dan nampak garang.kebetulan air mineral sudah habis,aku mahu buka botol baru tapi tak mampu.botol baru agak ketat tambah pula tangan aku yang masih tertusuk jarun ni tak kuat nak pulas.banyak kali aku cuba buka tapi tak boleh.try minta tolong nurse tu tapi...

nurse tu buat tak tahu saja dan terus berlalu buat kerja dia tanpa pedulikan aku.aku cuba lagi masih tak berhasil,nasib baik ada seorang budak perempuan india yang tidur kat situ sebab jaga mak dia yang sakit.aku minta tolong pada dia untuk buka botol air tu,dan dia juga tolong aku isikan iar mineral tu ke botol air yang kecil untuk memudahkan aku minum nanti.dan aku sambung tidur kembali...tak berapa lama tu nurse garang tu datang untuk ambil darah aku,kerjanya ok tapi garang betul.cakap pun macam nak marah aku just tanya darah aku ok ke tak tapi dia asyik kata "minum air banyak2" dengan nada keras aku pelik aku tau la kena minum banyak air tapi kenapa nak marah? dah platelet aku yang degil tak mahu naik nak buat macam mana.

aku minta nurse tu cabutkan jarum di tangan kanan aku...di sebabkan aku rasa jarum itu tak ada kegunaan lagi buat aku sebab air normal salne sudah tidak di masukkan lagi.jadi lebih baik cabut saja jarum itu daripada terus biarkan di situ dan membengkak.dengan agak kasar nurse tu cabut tiub jarum tersebut dan dia berikan aku kapas untuk elakkan dari darah keluar.katanya "tekan sendiri saya tak nak plaster" owh,macam tu pulak okey fine aku diam jerk tekan sendiri dah dia tak bagi plaster kan.pelik betul kepala angin je memanjang datang bulan ke hape nurse ni asyik nak marah2 je.macam tak ikhlas pun ya.nak tak nak aku sabar jelah hope2 esok aku bertambah sihat dan boleh bebas dari sini...

esok pagi tu mak ayah datang hantar keperluan untuk aku,patutnya itu bukan masa lawatan.tapi keperluan ku dah kehabisan.kata mak,nanti petang dia datang lagi melawat bawa adik2 sekali,dan aku rasa senang hati.lepas sarapan pagi,doktor datang chek aku macam biasa dia akan tanya soalan2 sama...makan ok ke? dah rasa makin sihat ke? berapa kali buang air besar kecik? ada pendarahan ke? ada bintik2 merah ke? dan aku jawab semua tu tak ada melainkan bintik2 merah...ye bintik2 merah sudah mula menjelma dan aku jadi cuak balik.kaki dan tangan aku sudah mula di penuhi bintik2 merah yang agak gatal.kata doktor tak perlu risau ia akan hilang sendiri nanti.dan aku rasa lega sikit.soalan terakhir doktor paling best.."nak balik rumah tak?" sure la aku jawab nak...dan doktor tu senyum dan pergi chek pesakit lain pula.


::aiseh cerita dah nak habis ni,aku sambung nanti boleh tak?
penat pulak nak taip panjang2 nieh... =p






Beautiful_Rose


Tuesday, June 14, 2011

Belajar Menerima




"Azie,aku dengar wife exboyfriend ko dah pregnant"

"owh,yeke...baguslah tu mesti diaorang sangat happy"

"kau tak apa2 ke?"

"aku okey je...kenapa?"

"kau tak sedih?"

"kenapa pula aku nak sedih,pekara happy kan?"

"kalau kau dengan dia sekarang,mesti kau lagi happy kan?"

"kenapa kau cakap macam ni...aku okey jelah"

"tapi dulu kan kau sayang dia..."

"sayang tak bermakna dia jodoh aku kan."

"kenapa masa tu kau tak cuba pertahankan?"

"kehendak dia...tak kan aku nak paksa dia terima aku kalau dia tak suka"

"sebelum ni bukan ke dia yang beriya2 kau dah menolak pun masa tu,tapi akhirnya..."


- diam -


"kau marah,kenapa diam?"

"tak apa2 itu cerita lama dah lepas pun bukan boleh ulang balikkan..."

"kau tak sedih?"

"aku belajar...aku belajar untuk menerima."








Beautiful_Rose



Cerita Bulan,Bintang Dan Matahari.



"Antara bulan dan matahari kau mahu aku jadi apa?"

"aku mahu kau jadi bintang"

"aku hanya beri pilihan matahari dan bulan bukan bintang"

"tapi aku tetap mahu kau jadi bintang."

"kenapa?"

"kerana kau adalah satu2nya yang paling menyerlah dalam berjuta"

"jika aku jadi bintang,kau mahu jadi apa?"

"aku mahu jadi bulan."

"kenapa bulan? mataharikan lebih ceria warnanya."

"kerana aku mahu selalu ada untuk kau"

"maksud kau?"

"bintang hanya hadir di kala malam bersama itu bulan tetap akan menantinya,sedangkan di kala siang terbit mentari bintang itu tiada"







Beautiful_Rose


Sunday, June 12, 2011

Potong Bahagian Yang Berkenaan Sahaja.


Cerita cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya...2minggu cuti sekolah ada juga budak2 yang mahu daftar untuk bersunat.dulu aku pernah kata aku mabuk darah,bila tengok darah tekak aku akan berasa loya.tapi dulu sebelum tu aku tak pernah alami masalah begini cuma baru penghujung tahun lepas.sedangkan aku sudah 3tahun bekerja di klinik ni,macam2 yang aku akan jumpa semua berkaitan dengan darah.zaki sudah berhenti kerja,jadi doktor sudah tidak ada asist lain yang akan gantikan tempat zaki untuk sunat budak.maka,kami2 la yang akan jadi mangsa...

untuk beberapa orang budak sebelum tu,member sekerja aku ada untuk jadi asist doktor masa tu.tapi bila member sekerja aku tu off 2 hari dah tak ada jalan lain untuk aku mengelak lagi.member sorang lagi tu masih baru lagi belum mahir lagi tapi dia sendiri menolak untuk belajar asist budak sunat.nak tak nak dah tak ada pilihan lagi,terpaksa juga la aku kuatkan diri,sampai bila kan nak terus lari.tapi entahla dulu okey je tiba2 sekarang aku jadi loya tak tau kenapa.

pagi tu aku dah siapkan semua peralatan untuk bersunat,doktor hulurkan sarung tangan pada aku.terketar2 tangan aku menyambut,semua persiapan telah tersedia dan budak tu baring.doktor suntik ubat bius pada "tut" budak tu,dan aku masih lagi menjauh tidak berani mahu dekat.aku tutup hidung untuk mengelakkan dari terhidu bau ubat bius dan alcohol swab tu.sebab bau ubat bius dan alcohol swab boleh merangsang kepala aku untuk berasa pening.langkah seterusnya doktor cuci "tut" budak tu dari semua kotoran.aku tengok doktor masih tenang,dan pada masa yang sama doktor cuba tenangkan budak tu.

sampai masa seterusnya untuk memotong bahagian kulit yang telah ditanda.nak tak nak aku terpaksa datang dekat,doktor minta aku pegang penyepit.kedua2 penyepit tu aku pegang dengan tangan kiri dan kanan,aku mendongak pandang syiling cuba mencari nafas.sebab lagi aku menunduk,akan menyebabkan urat di bahagia tengkuk menegang dan kemasukkan oksigen menjadi terhad dan boleh menyebabkan pengsan atau pitam.dengan lafas bismillah doktor menggunting kulit tu dengan gunting tajam dan aku masih lagi mendongak sambil mengucap tidak mahu memandang.

selesai kerja memotong,tugas aku adalah membungkus lebihan kulit tadi dengan gauze dan kemudian di masukkan ke dalam zip bag.langkah seterusnya adalah menjahit kembali baki kulit yang di potong tadi.aku sudah beransur tenang tidak lagi terketar2 lagi macam tadi,sesekali aku memandang muka budak tu,tak menangis sikit pun berani betul. beberapa jahitan selesai doktor buatkan dan "tut" budak tu di balut.selesai semua kerja tanpa aku alami sebarang masalah tapi rasa sedikit penat juga.semua peralatan bersunat aku cuci bersih dan keringkan kemudian di masukkan dalam peti khas untuk bunuh kuman.

esoknya masih sama ada lagi 1 kes sunat dan itu merupakan kes terakhir untuk cuti sekolah ini.nasib baik hanya seorang saja budak yang bakal di sunatkan,dan keadaan aku masih seperti semalam.tapi seawal pagi tadi aku bersarapan dulu nak menelan sebiji pil mencegah pening dan loya.alhamdulillah aku berjaya jadi asist doktor sunat budak untuk kali kedua...dan sebagai balasan,doktor berikan upah untuk kedua2 tugasan tersebut.okey selesai sudah ketakutan untuk minggu ini.tapi hujung tahun nanti mesti lagi ramai yang daftar lagi...macam tahun2 lepas tu...







Beautiful_Rose



Wednesday, June 8, 2011

Awas,Jika Anda Demam 3


note : sambungan dari entry lepas...untuk baca sila klick tajuk pada "contengan hari ini" atau klick je kat older post.malas aku nak letak link ke sini =p


Macam yang semua orang tahu,demam denggi ni tak ada ubat dan penawar untuk menyembuhkannya.pesakit hanya akan di masukkan air normal saline ke dalam badan melalui tiub.dan pada masa yang sama pesakit harus pantau keadaannya dengan kerap meminum air,dan dia harus kuat semangat.seandainya pesakit stress di khuatiri akan memburukkan lagi keadaan pesakit.dan pesakit perlukan sokongan luar untuk membantu dia terus kuat semangat melawan penyakit.dan aku agak stress tika itu mungkin sebab itu juga platelet aku turun semula ke 38 dan suhu badan makin tinggi.

Biasanya orang yang kena demam denggi ni akan mendapat tanda-tanda seperti bintik-bintik merah pada badan,kurang selera makan,sakit sendi dan otot dan demam secara mengejut.di sebabkan tak ada tanda seperti bintik2 pada badan,maka aku hanya mengganggap itu adalah demam biasa.sedangkan dalam aku tak sedar sebenarnya virus tu dah pun mula merebak ke paras yang bahaya.5hari aku demam panas dan hanya makan ubat tanpa merujuk kepada doktor.sampai doktor sharul sendiri rasa pelik bila test kit tu positif aku demam denggi sedangkan binti-bintik merah itu tak ada pada badan aku.

aku rasa aku sihat dan luarannya aku kelihatan sihat aku tak rasa badan aku panas pun.tapi tiap kali tidur berbaring,basah belakang baju aku dengan peluh seakan2 aku baru lepas berlari.nurse datang lagi ambil sample darah aku,kali ini nurse yang bertugas agak kasar.dia baik cuma kerjanya agak kasar aku rasa sakit sangat masa dia suntik jarum tu pada lengan aku.cubaan pertama gagal kerana urat halus aku gagal di temui.dia cuba pula di lengan sebelah kiri masih gagal.beralih kembali ke lengan sebelah kanan.aku pejam mata dan tawakal sambil mengucap.akhirnya 5ml darah aku berjaya di ambil...

aku terbaring lemah tangan aku rasa sakit lebam dan mula membengkak.kemudian datang seorang nurse untuk beri aku ubat demam dan chek tekanan darah aku.dia seorang nurse berketurunan india.aku cuba bertanya,mengapa darah aku perlu diambil berkali2? dan dia menjawab yang platelet aku masih terlalu rendah aku masih belum terlepas dari bahaya lagi.aku masih tak puashati,setiap hari air normal saline di masukkan tak akan tak ada perubahan.dan kata nurse tu lagi,untuk membantu platelet aku kembali ke paras normal,sebaik2 nya aku perlu minum air 100plus atau jus tembikai atau sup ketam.sebaik saja nurse itu berlalu,pantas saja aku call encik muncet gesa dia datang secepat mungkin dan belikan air 100plus botol besar,buah tembikai bersama air mineral.

baki jus apple semalam aku teguk sebanyak yang mungkin hingga tinggal separuh di ikuti dengan air mineral.sampaikan aku muak untuk minum air lagi,tapi aku terus paksa diri,dalam fikiran aku hanya fikir mahu keluar dari sini dan mahu cepat2 sembuh dari penyakit ini.tengahari tu,pegawai jabatan kesihatan datang untuk soal siasat aku.dia mahu cari punca di mana aku mendapat virus ini.dan kebetulan pula masa itu 2orang kawan sekolah aku datang melawat epoi dengan gg.tak lupa encik muncet juga turut sama ada di situ.aku hanya jawab semua soalan pegawai itu sejujur yang boleh dan perkiraan hari aku mendapat virus itu di kira 2minggu sebelum bermakna 24 april .

aku di masukkan ke hospital pada 13may.kesemua tempat dan lokasi yang pernah aku singgah di catat oleh pegawai tu.panjang karangan dia sama macam karangan aku masa STPM dulu gila penuh 2kertas A4.dan keputusannya pegawai tersebut keliru kerana sepanjang 2minggu aku tidak berada di satu tempat dalam tempoh yang lama.aku ke kuala lumpur,ke kuala selangor,ke tanjung malim,ke slim river,dan merata tempat.akhirnya tempat kerja aku jadi sasaran,maka kawasan slim river telah di sembur dengan asap beracun dengan harapan nyamuk yang membawa virus itu mati.dalam pada aku yang kurang waras tika itu,encik muncet cuba hiburkan hati aku untuk elakkan aku dari terus berfikir pekara yang bukan2.thanks sangat2...

sekali lagi azab datang...nak tak nak aku pasrah saja nurse ambil sample darah macam biasa urat tak jumpa.3x kanan 3x kiri masih gagal menembusi urat halus aku,sakit sangat2 aku penat.bekas suntikkan yang tidak menjadi berbekas dan berdarah lengan aku lebam lagi.akhirnya minta pertolongan dari seorang nurse bahagian kecemasan yang juga menjadi pesakit di wad yang sama dengan aku.setelah meneliti lengan aku mereka gagal temui urat halus aku.maka nurse itu mengambil jalan lain iaitu memasang tiup butterfly di pergelangan tangan aku.jarum halus yang panjangnya 2inci mula menembusi pergelangan tangan kiri aku.

kini kedua2 tangan aku terpaksa menahan sakit dengan tiup jarum yang terbenam.2 di tangan kiri 1 di tangan kanan untuk masuk air normal saline.satu tiup yang baru dibuat tadi di tangan sebelah kiri adalah untuk,mengambil sample darah.bayangkan 3jarum panjangnya 2inci terbenam kat tangan,apa rasanya? nak gerakkan tangan pun terasa sakit yang amat.tapi aku redha jika ini saja pilihan yang ada untuk aku sembuh.dah la terpaksa kerap ke tandas bayangkanlah macam mana nak bergerak dengan 3tiup jarum di kedua2 tangan.tersinggung sikit,terasa pedih bisa jarum menyucuk.

selama tempoh aku berada di hospital,aku sering bertanyakan soalan yang sama pada setiap nurse yang bertugas untuk memeriksa aku.aku tak peduli mereka suka atau tidak menyampah atau tidak apa yang penting,aku tahu bagaimana tahap kesihatan aku."nurse,darah saya tak okey lagi ke?" "nurse,lepas ni jam berapa nak ambil darah lagi?" itu saja soalan yang aku tanya berulang2 kali tanpa jemu tanpa bosan.dan jawapan yang sama juga aku terima dari mereka jawapan kepada kehampaan platelet aku tetap sama tidak ada peningkatan yang lebih baik.dan nurse terus saja sarankan aku minum lebih banyak air dan cuba untuk tahan kencing.sebab katanya air normal saline tu baru je masuk dalam badan aku,dah aku buang melalui kencing.kira tak tinggal apa...


:: okey,aku sambung lagi boleh? =p
kenapa aku rasa cerita ini semakin panjang?






Beautiful_Rose

Tuesday, June 7, 2011

Awas,Jika Anda Demam 2


note : ini sambungan dari entry lepas.untuk baca,boleh klick sini.


Dan pada hari itu adalah kali pertama aku tidur di hospital slim river.nasib baik semua barang2 keperluan aku dah pack siap2.dalam keadaan yang terlalau penat,aku akhirnya tertidur dan terjaga selepas 4jam bila di kejutkan oleh nurse yang datang untuk memeriksa tekanan darah,suhu badan dan turut mengambil sample darah aku sebanyak 5ml.aku sangka hanya sekali saja darah aku di ambil,rupanya tidak.selepas 4jam kemudian nurse datang lagi periksa tekanan darah dan juga mengambil sample darah aku buat kali ke-2.memang la sakit tapi nak buat macam mana aku tahankan juga.

kali ke-3 seawal jam 6am aku bangun nak kencing dan juga mandi untuk membersihkan diri.sebaik saja selesai,nurse datang lagi dan aku mulai cuak.berapa kali mahu ambil sample darah aku? aku dah penat dan tak larat lagi untuk di suntik dengan jarum tajam tu sakit sangat.dan kebetulan juga nurse yang bertugas pagi itu kurang mahir dengan jenis urat halus macam aku.urat halus maksud aku jenis urat yang susah nak cari atau nampak.ada sesetengah orang memang kita boleh nampak nyata uratnya timbul.tapi aku punya jenuis urat yang halus.sampaikan nurse tu terpaksa cuba banyak kali.

bayangkanlah jarum halus yang tajam tu di sodok2 dalam daging bukan sekali,tapi banyak kali.tak dapat sebelah kanan,dia cuba sebelah kiri pula...tapi masih gagal dan akhirnya nurse tu minta tolong dari nurse yang lebih senior.nasib baik sekali suntik je nurse tu terus dapat sample darah aku sebanyak 5ml tu.aku ingat semuanya dah berakhir,rupanya tidak lepas sarapan pagi,selepas 4jam nurse datang lagi.dan aku cuba beranikan diri untuk tanya sebab aku dah tak larat nak di suntik banyak kali.sudah la tangan kanan di suntik untuk masuk air,siksa lagi bila nak ambil darah setiap 4jam.

nurse tu jawab sample darah aku perlu di ambil setiap 4jam sekali sama dengan pemeriksaan tekanan darah dan suhu badan.selagi platelet aku tak tunjukkan perubahan positif,selagi itu sample darah aku akan terus di ambil.nurse tu bagitau platelet aku sangat rendah 37 saja tekanan darah aku juga tetap sama belum sampai di paras normal.nurse tu sarankan aku minum banyak air,bukan sekadar air mineral saja aku juga perlu mengambil jus.dan sebaik2nya jus tembikai.tapi mana aku nak cari jus tembikai sedangkan tangan kanan aku sentiasa kaku dengan jarum yang terbenam untuk masuk air.

nasib malam sebelum tu,aku ada minta encik muncet belikan jus.walaupun bukan jus tembikai,just itu saja harapan yang aku ada masa tu.tengahari tu,ada seorang pesakit berpangkat makcik pindah di katil berhadapan dengan aku.time tu aku sedang lunch,walaupun kurang selera makan,aku paksa diri juga untuk makan.masa tu berlaku lah satu insiden yang buatkan aku tiba2 jadi agak kurang waras dan seakan hilang ingatan.trauma gila sampai aku rasa macam dah nak mati masa tu.keadaan makcik tu yang pada mulanya baik,tiba2 jadi parah.makcik tu alami masalah jantung!

2orang doktor dan nurse2 yang bertugas cuba untuk pulihkan keadaan makcik tu tapi dah ajal...makcik tu tak dapat di selamatkan.mak cik tu meninggal dunia depan mata aku,masa tu aku tak sedar entah bila aku menangis.bukan sebab sedih tapi sebab aku takut,bukan takut pada jenazah makcik tu,tapi aku takut bila memikirkan tentang diri aku.takut kalau2 selepas itu giliran aku pula yang akan pergi tinggalkan dunia ni.fikiran aku dah bercelaru berserabut serba tak kena.sampai masa aku di periksa sekali lagi tekanan darah aku masih rendah dan suhu badan aku semakin tinggi.platelet aku yang sudah naik 40 turun balik sampai ke 38.doktor macam panik je masa tu.

doktor panggil nurse dan langsir keliling katil aku di tutup untuk pemeriksaan lanjut.doktor chek bahagian perut aku dan tanya samada perut aku merasa sakit atau tidak semasa dia menekan bahagian perut aku.dia tanya lagi samada berlaku pendarahan atau tidak pada rongga badan aku.dan aku jawab tidak walaupun tika itu sebenarnya hidung dan gusi aku sudah mulai berdarah.itu tanda platelet aku sudah semakin lemah dan keupayaan untuk pembekuan darah semakin berkurangan.aku jadi semakin cuak,doktor minta nurse bagi aku makan ubat demam dan air normal saline akan terus di masukkan.

hati aku jadi tak keruan dan aku mengalah juga untuk beritahu mak tentang hal ini.sebelum tu,mak ada juga beberapa kali call aku untuk pastikan keadaan aku.tapi aku terpaksa menipu sebab tak nak mak risau dan just jawab aku okey.tapi bila keadaan jadi makin teruk,aku call mak untuk berterus terang.sebab dalam kepala otak aku masa tu just fikir,kalau aku mati,sekurang2 kurangnya aku mahu tengok dulu wajah2 orang kesayangan aku sebelum pergi.pada mulanya sebak tu aku boleh tahan lagi sampailah bila mak seakan meninggikan suara bila aku mendesak mak untuk pulang segera. dan masa tulah aku bagitau mak yang aku kini berada di hospital kerana di sahkan demam denggi....

mak agak terkejut bila dapat tau hal sebenar dan macam yang aku agak mak mesti akan risau gila.dan masa tu otak aku jadi semakin blur sampaikan aku nangis sorang2 dan cakap sorang2 macam orang tak waras.memang tak waras pun masa tu kelakuan di luar sedar sebab otak aku dah bercelaru.sampai masa nurse datang chek lagi dan aku dah tak rasa apa2 masa tu aku dah tak peduli pasrah saja apa nurse tu nak buat janji aku sembuh dan cepat keluar dari hospital ni.aku dah penat hari2 masuk air,hari2 kena ambik darah dan hari2 juga asyik keluar masuk tandas untuk kencing tak boleh nak tahan.yelah berbotol2 air masuk dalam badan aku,sure la terasa nak kencing tu akan jadi kerap.

kali kedua doktor datang chek lagi dan masih tak ada perubahan dan doktor larang aku untuk kerap ke tandas.paling2 doktor minta aku tahan kencing untuk 1 jam...memang gila la nak tahan kencing sampai 1 jam.tapi nak buat macam mana,nak tak nak aku terpaksa juga janji aku cepat sembuh .aku tak nak mati aku belum bersedia untuk mati,aku takut sangat2 sampaikan nak tidur malam pun tak lena sebab asyik fikir mati dan pada masa yang sama aku terpaksa berulang alik ke tandas sampailah ke pagi macam tulah keadaan aku....

:: mengantuk,so aku sambung nantilah.nite






Beautiful_Rose


Thursday, June 2, 2011

Awas,Jika Anda Demam!


note :Okey ini entry penting dan agak panjang berjela,kalau bosan boleh abaikan.just nak share untuk kita2 supaya kejadian yang sama tak berlaku pada korang2.ini dari pengalaman aku sendiri sampai sekarang rasa serik dan trauma giler...


First,sorry to say kat semua yang bertanya pasal kehilangan aku secara tiba2 hari tuh.bukan sengaja tapi ada sebab.2minggu lepas aku holiday ke kuala selangor then ahadnya dalam jam 3pm aku balik ke rumah.jumaat sabtu sebelum tu,aku sihat dan masih bertenaga sampailah hari ahad petang tu.dalam jam 3pm aku sampai rumah badan aku tiba2 terasa lemah gila suhu semakin panas.aku just anggap mungkin sebab aku penat atau mungkin juga sebab cuaca agak panas masa tu.then aku telan ubat demam dan tidur kejap untuk 1jam sebelum pergi gym.

aku pergi gym naik motor sorang2 sebab adik kedua dan adik lelaki ada hal tak dapat join.sebabkan time tu aku kena repeat greeding hari tu,so aku gagahkan juga diri untuk pergi.sampai gym aku bagitau pada sir aku just nak repeat greeding je,kira latihan pada hari tu aku nak skip sebab dah tak larat sangat.baru joging sikit kepala aku dah terasa pening.semua otot2 aku terasa macam sakit jerk.so,aku lebih banyak duduk dari train hari tu.sir tengok muka aku macam dah lemah gila,maka cancel greeding...frust betul!

sebelum balik aku singgah farmasi beli antibiotik sebab antibiotik kat rumah dah habis dan aku harap cepat sembuh.keadaan makin teruk bila aku dah tak boleh nak tegakkan badan masa naik motor dan aku bawa motor slow gila sama macam berjalan kaki rasanya.sampai rumah mandi kejap makan ubat tampal cool fever kat dahi dan tidur.jam bunyi dalam 6.30am aku tak larat nak bangun pergi kerja sms member cakap aku cuti.selera makan makin tak ada badan makin lemah dan muka aku naik bengkak sembab tiba2.sms member mintak tanya doktor apa punca,mungkin aku allergik ubat amoxyl so,doktor just sarankan aku telan pcm jerk.

suhu badan makin panas kepala aku pening tak boleh angkat selera makan hilang terus.tapi aku paksa makan juga minta mak buatkan bubur nasi.malam tu mak sapu minyak angin kat perut dan belakang badan bagi lega sikit.sendi oto aku semakin sakit aku syak aku kena demam chikugunya.cuba sms member minta tanya doktor,tapi doktor kata kalau suhu tinggi berkemungkinan.tapi aku lega sebab suhu badan sudah turun sikit.ini hari kedua aku di rumah tanpa pergi kerja.

seterusnya keadaan makin teruk bila aku betul2 dah tak boleh nak telan sebarang makanan.mak masak lauk sedap2 dengan harapan aku ada selera nak makan.tapi bila aku duduk kat meja makan,aku letak kepala dalam pinggan.jangan kata nak berjalan duduk kejap pun dah terasa macam nak pengsan.kerja aku just baring jerk asal tegak badan jerk aku mula rasa mual.dan hari jumaatnya aku betul2 dah tak tahan,adik kedua temankan aku ke klinik tempat kerja aku.chek dengan doktor.

tekanan darah tersangat rendah sebab itu aku lemah,mana taknya selera nak makan pun tak ada.dan suhu badan aku masa tu 37 doktor suspek penyakit lain.test kit denggi di keluarkan jari tangan di cucuk setitik darah di letakkan pada test kit tuh.15minit kemudian..."awak positif denggi" muka terus jadi bertambah pucat rasa nak pengsan di kala itu rasa macam tak percaya.aku pandang doktor lama tak terkata...doktor terus buat surat kecemasan ke hospital slim river.aku ajak adik ke dua pulang,masa tu aku tak cakap apa.mak call aju just jawab tekanan darah rendah tu jerk.

sampai rumah mak bagi makan bubur nasik lagi siap pesan bagi kura2 makan esok pagi.semua family sedang sibuk berkemas untuk bercuti ke langkawi.maka tinggallah aku seorang diri tanpa beritahu mak hal sebenar.tak nak nanti mak tak sampai hati...selepas 1 jam family bertolak ke langkawi,mamok muncet datang ambil aku untuk ke hospital.sebelum keluar sempat aku tabur segenggam ikan bilis dalam bekas kura2 sambil berpesan " makan tu jimat2,semua orang tak ada kat rumah sampai ahad."

sampai hospital aku di sorong dengan kerusi roda masuk kecemasan tangan kanan aku di cucuk secara paksa dengan tiup butterfly untuk masuk air normal saline.cis sakit gila entah berapa botol air yang di masukkan.tak cukup dengan itu tangan kiri aku pula di cucuk kali ni masuk air guna picagari gergasi tangan mula terasa sejuk satu badan menggigil air normal saline mula mengalir masuk.jam 1am aku di sorong ke wad pemerhatian...


::aku sambung cerita ini nanti panjang sangatlah pulak =p





Beautiful_Rose


Wednesday, June 1, 2011

Ghaib

syok betul aku menaip entry baru tengahari tadi.rasa2 aku dah save kat draft ingat nanti malam mahu publish.tapi baru jap tadi aku tengok entry tu macam dah tak wujud lagi.mangka sungguh aku kena buat balik semula! grrr............






Beautiful_Rose