Tuesday, June 7, 2011

Awas,Jika Anda Demam 2


note : ini sambungan dari entry lepas.untuk baca,boleh klick sini.


Dan pada hari itu adalah kali pertama aku tidur di hospital slim river.nasib baik semua barang2 keperluan aku dah pack siap2.dalam keadaan yang terlalau penat,aku akhirnya tertidur dan terjaga selepas 4jam bila di kejutkan oleh nurse yang datang untuk memeriksa tekanan darah,suhu badan dan turut mengambil sample darah aku sebanyak 5ml.aku sangka hanya sekali saja darah aku di ambil,rupanya tidak.selepas 4jam kemudian nurse datang lagi periksa tekanan darah dan juga mengambil sample darah aku buat kali ke-2.memang la sakit tapi nak buat macam mana aku tahankan juga.

kali ke-3 seawal jam 6am aku bangun nak kencing dan juga mandi untuk membersihkan diri.sebaik saja selesai,nurse datang lagi dan aku mulai cuak.berapa kali mahu ambil sample darah aku? aku dah penat dan tak larat lagi untuk di suntik dengan jarum tajam tu sakit sangat.dan kebetulan juga nurse yang bertugas pagi itu kurang mahir dengan jenis urat halus macam aku.urat halus maksud aku jenis urat yang susah nak cari atau nampak.ada sesetengah orang memang kita boleh nampak nyata uratnya timbul.tapi aku punya jenuis urat yang halus.sampaikan nurse tu terpaksa cuba banyak kali.

bayangkanlah jarum halus yang tajam tu di sodok2 dalam daging bukan sekali,tapi banyak kali.tak dapat sebelah kanan,dia cuba sebelah kiri pula...tapi masih gagal dan akhirnya nurse tu minta tolong dari nurse yang lebih senior.nasib baik sekali suntik je nurse tu terus dapat sample darah aku sebanyak 5ml tu.aku ingat semuanya dah berakhir,rupanya tidak lepas sarapan pagi,selepas 4jam nurse datang lagi.dan aku cuba beranikan diri untuk tanya sebab aku dah tak larat nak di suntik banyak kali.sudah la tangan kanan di suntik untuk masuk air,siksa lagi bila nak ambil darah setiap 4jam.

nurse tu jawab sample darah aku perlu di ambil setiap 4jam sekali sama dengan pemeriksaan tekanan darah dan suhu badan.selagi platelet aku tak tunjukkan perubahan positif,selagi itu sample darah aku akan terus di ambil.nurse tu bagitau platelet aku sangat rendah 37 saja tekanan darah aku juga tetap sama belum sampai di paras normal.nurse tu sarankan aku minum banyak air,bukan sekadar air mineral saja aku juga perlu mengambil jus.dan sebaik2nya jus tembikai.tapi mana aku nak cari jus tembikai sedangkan tangan kanan aku sentiasa kaku dengan jarum yang terbenam untuk masuk air.

nasib malam sebelum tu,aku ada minta encik muncet belikan jus.walaupun bukan jus tembikai,just itu saja harapan yang aku ada masa tu.tengahari tu,ada seorang pesakit berpangkat makcik pindah di katil berhadapan dengan aku.time tu aku sedang lunch,walaupun kurang selera makan,aku paksa diri juga untuk makan.masa tu berlaku lah satu insiden yang buatkan aku tiba2 jadi agak kurang waras dan seakan hilang ingatan.trauma gila sampai aku rasa macam dah nak mati masa tu.keadaan makcik tu yang pada mulanya baik,tiba2 jadi parah.makcik tu alami masalah jantung!

2orang doktor dan nurse2 yang bertugas cuba untuk pulihkan keadaan makcik tu tapi dah ajal...makcik tu tak dapat di selamatkan.mak cik tu meninggal dunia depan mata aku,masa tu aku tak sedar entah bila aku menangis.bukan sebab sedih tapi sebab aku takut,bukan takut pada jenazah makcik tu,tapi aku takut bila memikirkan tentang diri aku.takut kalau2 selepas itu giliran aku pula yang akan pergi tinggalkan dunia ni.fikiran aku dah bercelaru berserabut serba tak kena.sampai masa aku di periksa sekali lagi tekanan darah aku masih rendah dan suhu badan aku semakin tinggi.platelet aku yang sudah naik 40 turun balik sampai ke 38.doktor macam panik je masa tu.

doktor panggil nurse dan langsir keliling katil aku di tutup untuk pemeriksaan lanjut.doktor chek bahagian perut aku dan tanya samada perut aku merasa sakit atau tidak semasa dia menekan bahagian perut aku.dia tanya lagi samada berlaku pendarahan atau tidak pada rongga badan aku.dan aku jawab tidak walaupun tika itu sebenarnya hidung dan gusi aku sudah mulai berdarah.itu tanda platelet aku sudah semakin lemah dan keupayaan untuk pembekuan darah semakin berkurangan.aku jadi semakin cuak,doktor minta nurse bagi aku makan ubat demam dan air normal saline akan terus di masukkan.

hati aku jadi tak keruan dan aku mengalah juga untuk beritahu mak tentang hal ini.sebelum tu,mak ada juga beberapa kali call aku untuk pastikan keadaan aku.tapi aku terpaksa menipu sebab tak nak mak risau dan just jawab aku okey.tapi bila keadaan jadi makin teruk,aku call mak untuk berterus terang.sebab dalam kepala otak aku masa tu just fikir,kalau aku mati,sekurang2 kurangnya aku mahu tengok dulu wajah2 orang kesayangan aku sebelum pergi.pada mulanya sebak tu aku boleh tahan lagi sampailah bila mak seakan meninggikan suara bila aku mendesak mak untuk pulang segera. dan masa tulah aku bagitau mak yang aku kini berada di hospital kerana di sahkan demam denggi....

mak agak terkejut bila dapat tau hal sebenar dan macam yang aku agak mak mesti akan risau gila.dan masa tu otak aku jadi semakin blur sampaikan aku nangis sorang2 dan cakap sorang2 macam orang tak waras.memang tak waras pun masa tu kelakuan di luar sedar sebab otak aku dah bercelaru.sampai masa nurse datang chek lagi dan aku dah tak rasa apa2 masa tu aku dah tak peduli pasrah saja apa nurse tu nak buat janji aku sembuh dan cepat keluar dari hospital ni.aku dah penat hari2 masuk air,hari2 kena ambik darah dan hari2 juga asyik keluar masuk tandas untuk kencing tak boleh nak tahan.yelah berbotol2 air masuk dalam badan aku,sure la terasa nak kencing tu akan jadi kerap.

kali kedua doktor datang chek lagi dan masih tak ada perubahan dan doktor larang aku untuk kerap ke tandas.paling2 doktor minta aku tahan kencing untuk 1 jam...memang gila la nak tahan kencing sampai 1 jam.tapi nak buat macam mana,nak tak nak aku terpaksa juga janji aku cepat sembuh .aku tak nak mati aku belum bersedia untuk mati,aku takut sangat2 sampaikan nak tidur malam pun tak lena sebab asyik fikir mati dan pada masa yang sama aku terpaksa berulang alik ke tandas sampailah ke pagi macam tulah keadaan aku....

:: mengantuk,so aku sambung nantilah.nite






Beautiful_Rose


10 comments:

  1. aku da elok nk komen terus lupa bila joget2 ngan gajah kt atas ni..

    ReplyDelete
  2. gua rasa gua nak pengsan baca entry ni... (gua mabuk darah)

    ReplyDelete
  3. roh makcik tu ikut ko tak

    ReplyDelete
  4. sengal lah rose men pause2 cmni. isk.

    ReplyDelete
  5. CIKPEPEL :
    hahahah boleh lupa pulak eh? jadi ko la punya angkara bawak masuk gajah kat sini =p

    JARI YANG TERABAI :
    hahahah mabuk darah? aku pun macam tu juga mabuk juga darah tapi pelik sikit.sebelum ni aku x pernah mabuk darah just tahun lepas mmg agak teruk la sampai tak boleh nak asist doktor langsung.now baru2 ni nampak okey pula masa aku asist budak sunat hari tu.

    AIMI DAN PAKCIK HASHIM :
    gilak! mana ada roh makcik tu ikut aku...ko jangan datang betul2 kang haru =p

    ReplyDelete
  6. MACY :
    erk,sory la macy penat sangat semalam tu pasal tak boleh nak tulis habis.entry panjang tuh...kang berpinar pula mata nak baca sampai habis =p

    ReplyDelete
  7. sambung2.. nak tau citer..jaga kesihatan ok! ^_^

    ReplyDelete
  8. .......
    x tau pown story tuh.....

    ReplyDelete
  9. terasa seolah2 sy pulak yg mengalaminya....

    sambung esok tau...

    ReplyDelete
  10. aku tetiba sedih rose.. sakit itu penghapus dosa-dosa.. ada hikmah juga sesuatu keadaan tu berlakukan..

    citer ko panjang sangat.. leh buat novel kejap... hehehe...

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah