Thursday, June 2, 2011

Awas,Jika Anda Demam!


note :Okey ini entry penting dan agak panjang berjela,kalau bosan boleh abaikan.just nak share untuk kita2 supaya kejadian yang sama tak berlaku pada korang2.ini dari pengalaman aku sendiri sampai sekarang rasa serik dan trauma giler...


First,sorry to say kat semua yang bertanya pasal kehilangan aku secara tiba2 hari tuh.bukan sengaja tapi ada sebab.2minggu lepas aku holiday ke kuala selangor then ahadnya dalam jam 3pm aku balik ke rumah.jumaat sabtu sebelum tu,aku sihat dan masih bertenaga sampailah hari ahad petang tu.dalam jam 3pm aku sampai rumah badan aku tiba2 terasa lemah gila suhu semakin panas.aku just anggap mungkin sebab aku penat atau mungkin juga sebab cuaca agak panas masa tu.then aku telan ubat demam dan tidur kejap untuk 1jam sebelum pergi gym.

aku pergi gym naik motor sorang2 sebab adik kedua dan adik lelaki ada hal tak dapat join.sebabkan time tu aku kena repeat greeding hari tu,so aku gagahkan juga diri untuk pergi.sampai gym aku bagitau pada sir aku just nak repeat greeding je,kira latihan pada hari tu aku nak skip sebab dah tak larat sangat.baru joging sikit kepala aku dah terasa pening.semua otot2 aku terasa macam sakit jerk.so,aku lebih banyak duduk dari train hari tu.sir tengok muka aku macam dah lemah gila,maka cancel greeding...frust betul!

sebelum balik aku singgah farmasi beli antibiotik sebab antibiotik kat rumah dah habis dan aku harap cepat sembuh.keadaan makin teruk bila aku dah tak boleh nak tegakkan badan masa naik motor dan aku bawa motor slow gila sama macam berjalan kaki rasanya.sampai rumah mandi kejap makan ubat tampal cool fever kat dahi dan tidur.jam bunyi dalam 6.30am aku tak larat nak bangun pergi kerja sms member cakap aku cuti.selera makan makin tak ada badan makin lemah dan muka aku naik bengkak sembab tiba2.sms member mintak tanya doktor apa punca,mungkin aku allergik ubat amoxyl so,doktor just sarankan aku telan pcm jerk.

suhu badan makin panas kepala aku pening tak boleh angkat selera makan hilang terus.tapi aku paksa makan juga minta mak buatkan bubur nasi.malam tu mak sapu minyak angin kat perut dan belakang badan bagi lega sikit.sendi oto aku semakin sakit aku syak aku kena demam chikugunya.cuba sms member minta tanya doktor,tapi doktor kata kalau suhu tinggi berkemungkinan.tapi aku lega sebab suhu badan sudah turun sikit.ini hari kedua aku di rumah tanpa pergi kerja.

seterusnya keadaan makin teruk bila aku betul2 dah tak boleh nak telan sebarang makanan.mak masak lauk sedap2 dengan harapan aku ada selera nak makan.tapi bila aku duduk kat meja makan,aku letak kepala dalam pinggan.jangan kata nak berjalan duduk kejap pun dah terasa macam nak pengsan.kerja aku just baring jerk asal tegak badan jerk aku mula rasa mual.dan hari jumaatnya aku betul2 dah tak tahan,adik kedua temankan aku ke klinik tempat kerja aku.chek dengan doktor.

tekanan darah tersangat rendah sebab itu aku lemah,mana taknya selera nak makan pun tak ada.dan suhu badan aku masa tu 37 doktor suspek penyakit lain.test kit denggi di keluarkan jari tangan di cucuk setitik darah di letakkan pada test kit tuh.15minit kemudian..."awak positif denggi" muka terus jadi bertambah pucat rasa nak pengsan di kala itu rasa macam tak percaya.aku pandang doktor lama tak terkata...doktor terus buat surat kecemasan ke hospital slim river.aku ajak adik ke dua pulang,masa tu aku tak cakap apa.mak call aju just jawab tekanan darah rendah tu jerk.

sampai rumah mak bagi makan bubur nasik lagi siap pesan bagi kura2 makan esok pagi.semua family sedang sibuk berkemas untuk bercuti ke langkawi.maka tinggallah aku seorang diri tanpa beritahu mak hal sebenar.tak nak nanti mak tak sampai hati...selepas 1 jam family bertolak ke langkawi,mamok muncet datang ambil aku untuk ke hospital.sebelum keluar sempat aku tabur segenggam ikan bilis dalam bekas kura2 sambil berpesan " makan tu jimat2,semua orang tak ada kat rumah sampai ahad."

sampai hospital aku di sorong dengan kerusi roda masuk kecemasan tangan kanan aku di cucuk secara paksa dengan tiup butterfly untuk masuk air normal saline.cis sakit gila entah berapa botol air yang di masukkan.tak cukup dengan itu tangan kiri aku pula di cucuk kali ni masuk air guna picagari gergasi tangan mula terasa sejuk satu badan menggigil air normal saline mula mengalir masuk.jam 1am aku di sorong ke wad pemerhatian...


::aku sambung cerita ini nanti panjang sangatlah pulak =p





Beautiful_Rose


10 comments:

  1. lah... teruk giler demam ko.. cepat sambung.. aku tunggu!

    ni dah sihat betul la kan sampai boleh buat entri berjela2..=P

    ReplyDelete
  2. siannya kau...
    aku ni pun tengah demam jugak..tekak pun sakit x leh nak telan apa2 pun...
    nasib dapat minum air je....

    ReplyDelete
  3. patutlah setiap kali demam dan ada tanda-tanda yang lain sikit mulalah aku risau tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..kena demam denggi rupanya...

    dah tu mak tak tau langsung ke tntg hal ni..?

    skrg ni mcm mana..dah ok kan...?

    sambung la.. ;)

    ReplyDelete
  5. rose! sambung cerita. apa cer ni lain kali inform ska tahu?

    sayang kamu.

    ReplyDelete
  6. ass,
    kalau sedang sakit demam ,suka badan terasa menggigil .
    semoga lekas sehat kembali

    ReplyDelete
  7. syukur.. lama da aku tak demam..

    ReplyDelete
  8. bahaya jugak tu rose.. abeh skang ko camne? dah kembali sihat?

    risau aku.. mohon selepas ni tak berulang lagilah.. jaga kesihatan selepas ni..

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah