note : sambungan dari entry lepas...untuk baca sila klick tajuk pada "contengan hari ini" atau klick je kat older post.malas aku nak letak link ke sini =p
Macam yang semua orang tahu,demam denggi ni tak ada ubat dan penawar untuk menyembuhkannya.pesakit hanya akan di masukkan air normal saline ke dalam badan melalui tiub.dan pada masa yang sama pesakit harus pantau keadaannya dengan kerap meminum air,dan dia harus kuat semangat.seandainya pesakit stress di khuatiri akan memburukkan lagi keadaan pesakit.dan pesakit perlukan sokongan luar untuk membantu dia terus kuat semangat melawan penyakit.dan aku agak stress tika itu mungkin sebab itu juga platelet aku turun semula ke 38 dan suhu badan makin tinggi.
Biasanya orang yang kena demam denggi ni akan mendapat tanda-tanda seperti bintik-bintik merah pada badan,kurang selera makan,sakit sendi dan otot dan demam secara mengejut.di sebabkan tak ada tanda seperti bintik2 pada badan,maka aku hanya mengganggap itu adalah demam biasa.sedangkan dalam aku tak sedar sebenarnya virus tu dah pun mula merebak ke paras yang bahaya.5hari aku demam panas dan hanya makan ubat tanpa merujuk kepada doktor.sampai doktor sharul sendiri rasa pelik bila test kit tu positif aku demam denggi sedangkan binti-bintik merah itu tak ada pada badan aku.
aku rasa aku sihat dan luarannya aku kelihatan sihat aku tak rasa badan aku panas pun.tapi tiap kali tidur berbaring,basah belakang baju aku dengan peluh seakan2 aku baru lepas berlari.nurse datang lagi ambil sample darah aku,kali ini nurse yang bertugas agak kasar.dia baik cuma kerjanya agak kasar aku rasa sakit sangat masa dia suntik jarum tu pada lengan aku.cubaan pertama gagal kerana urat halus aku gagal di temui.dia cuba pula di lengan sebelah kiri masih gagal.beralih kembali ke lengan sebelah kanan.aku pejam mata dan tawakal sambil mengucap.akhirnya 5ml darah aku berjaya di ambil...
aku terbaring lemah tangan aku rasa sakit lebam dan mula membengkak.kemudian datang seorang nurse untuk beri aku ubat demam dan chek tekanan darah aku.dia seorang nurse berketurunan india.aku cuba bertanya,mengapa darah aku perlu diambil berkali2? dan dia menjawab yang platelet aku masih terlalu rendah aku masih belum terlepas dari bahaya lagi.aku masih tak puashati,setiap hari air normal saline di masukkan tak akan tak ada perubahan.dan kata nurse tu lagi,untuk membantu platelet aku kembali ke paras normal,sebaik2 nya aku perlu minum air 100plus atau jus tembikai atau sup ketam.sebaik saja nurse itu berlalu,pantas saja aku call encik muncet gesa dia datang secepat mungkin dan belikan air 100plus botol besar,buah tembikai bersama air mineral.
baki jus apple semalam aku teguk sebanyak yang mungkin hingga tinggal separuh di ikuti dengan air mineral.sampaikan aku muak untuk minum air lagi,tapi aku terus paksa diri,dalam fikiran aku hanya fikir mahu keluar dari sini dan mahu cepat2 sembuh dari penyakit ini.tengahari tu,pegawai jabatan kesihatan datang untuk soal siasat aku.dia mahu cari punca di mana aku mendapat virus ini.dan kebetulan pula masa itu 2orang kawan sekolah aku datang melawat epoi dengan gg.tak lupa encik muncet juga turut sama ada di situ.aku hanya jawab semua soalan pegawai itu sejujur yang boleh dan perkiraan hari aku mendapat virus itu di kira 2minggu sebelum bermakna 24 april .
aku di masukkan ke hospital pada 13may.kesemua tempat dan lokasi yang pernah aku singgah di catat oleh pegawai tu.panjang karangan dia sama macam karangan aku masa STPM dulu gila penuh 2kertas A4.dan keputusannya pegawai tersebut keliru kerana sepanjang 2minggu aku tidak berada di satu tempat dalam tempoh yang lama.aku ke kuala lumpur,ke kuala selangor,ke tanjung malim,ke slim river,dan merata tempat.akhirnya tempat kerja aku jadi sasaran,maka kawasan slim river telah di sembur dengan asap beracun dengan harapan nyamuk yang membawa virus itu mati.dalam pada aku yang kurang waras tika itu,encik muncet cuba hiburkan hati aku untuk elakkan aku dari terus berfikir pekara yang bukan2.thanks sangat2...
sekali lagi azab datang...nak tak nak aku pasrah saja nurse ambil sample darah macam biasa urat tak jumpa.3x kanan 3x kiri masih gagal menembusi urat halus aku,sakit sangat2 aku penat.bekas suntikkan yang tidak menjadi berbekas dan berdarah lengan aku lebam lagi.akhirnya minta pertolongan dari seorang nurse bahagian kecemasan yang juga menjadi pesakit di wad yang sama dengan aku.setelah meneliti lengan aku mereka gagal temui urat halus aku.maka nurse itu mengambil jalan lain iaitu memasang tiup butterfly di pergelangan tangan aku.jarum halus yang panjangnya 2inci mula menembusi pergelangan tangan kiri aku.
kini kedua2 tangan aku terpaksa menahan sakit dengan tiup jarum yang terbenam.2 di tangan kiri 1 di tangan kanan untuk masuk air normal saline.satu tiup yang baru dibuat tadi di tangan sebelah kiri adalah untuk,mengambil sample darah.bayangkan 3jarum panjangnya 2inci terbenam kat tangan,apa rasanya? nak gerakkan tangan pun terasa sakit yang amat.tapi aku redha jika ini saja pilihan yang ada untuk aku sembuh.dah la terpaksa kerap ke tandas bayangkanlah macam mana nak bergerak dengan 3tiup jarum di kedua2 tangan.tersinggung sikit,terasa pedih bisa jarum menyucuk.
selama tempoh aku berada di hospital,aku sering bertanyakan soalan yang sama pada setiap nurse yang bertugas untuk memeriksa aku.aku tak peduli mereka suka atau tidak menyampah atau tidak apa yang penting,aku tahu bagaimana tahap kesihatan aku."nurse,darah saya tak okey lagi ke?" "nurse,lepas ni jam berapa nak ambil darah lagi?" itu saja soalan yang aku tanya berulang2 kali tanpa jemu tanpa bosan.dan jawapan yang sama juga aku terima dari mereka jawapan kepada kehampaan platelet aku tetap sama tidak ada peningkatan yang lebih baik.dan nurse terus saja sarankan aku minum lebih banyak air dan cuba untuk tahan kencing.sebab katanya air normal saline tu baru je masuk dalam badan aku,dah aku buang melalui kencing.kira tak tinggal apa...
:: okey,aku sambung lagi boleh? =p
kenapa aku rasa cerita ini semakin panjang?
Beautiful_Rose
takut plak aku kalau kena denggi
ReplyDeletelaaaaaaaa rose...
ReplyDeletekesiaannyer aku dengar...
adoooii...
aku jugak penah mcm tu...
nak amik darah, 3 kali cucuk masih xjumpe2 urat...
sudahnye aku cari sendiri tau...
jenuh laa...
lunyai tangan mcm tu beb...
moga2 kau cepat2 sembuh...
aritu aku pun suspek denggi jugak
boleh plak cam gitu kena tahan kencing.. huhu.. aku takut nak amik darah.. takut tengok darah.. apdahal dulu nak jadi doktor.. hari tu aku terpotong sikit jari aku.. darah membuak-buak seyh.. terus rasa nak pitam.. takutt..
ReplyDeleteaku harap aku demam biasa je.. aku tak p check lagi ni..
email aku untuk ym/fb,
mbiak_kecik@yahoo.com. Tapi aku jarang lepak sana. Meh la main twitter. Kalau ko dah sign up, tegur aku k. hikss... aku guna nama Amni_Amirul. yeahh!
p/s: cepat sambung!
teringt pada ibu sy..ms msuk hospital dulu....tp bukan denggi la..
ReplyDeletebengkak2 tangan sbb ambil darah...x dpt tagan kanan..ambil tgn kiri...
ibu sy kata..duduk di hospital bukan boleh buat org tu bertambah sihat..tp bertambah sakit....
ok..ok..sambung lagi...
fuh... debar debar aku baca.. saspen3
ReplyDeletetakottnya baca taham sakit jarun terbenam tu...mesti sakit kan..da la ila takot jarum...huwawaw
ReplyDelete