:: okeh ini sambungan dari cerita pasal demam denggi...sorry skip lama sangat sebab malas nak taip dan edit =p untuk baca entry lama,sila klick tajuk2 berkaitan di bawah ye...
Nurse datang lagi macam biasa ambil darah dan chek tekanan darah aku.nurse yang datang ambil tekanan darah aku tu india kemudian datang nurse melayu untuk ambil sample darah aku.nurse yang agak kasar...kali ini dia tidak cucuk lengan aku lagi,dia ambil pada tiub butterfly yang terbenam pada tangan kiri aku.picagari di pam untuk sedut darah aku tapi tak berhasil banyak kali juga dia pam sampai aku dah tak mampu nak tahan sakit tu lagi.dan akhirnya nurse tu ambil alternatif lain dengan memicit tangan aku kuat2 untuk keluarkan darah.sakit gila tangan aku di tekan picit masa tu.sampai nurse india tu menegur,tapi dia tetap tak peduli dan terus picit sampai darah keluar.
petang tu nurse pindahkan aku ke wad sebelah dimana keadaan aku sudah mulai stabil sikit.nurse kata platelet aku sudah naik ke angka 50 tapi masih perlu berjaga2 juga dan teruskan meminum air secara kerap.sebab air normal saline sudah tidak di masukkan lagi dalam badan aku.kira,semua bergantung sepenuhnya pada aku untuk minum air dengan lebih kerap lagi.wad kali ni lebih selesa lagi sebab tak perlu tangan aku di sambungkan pada tiub yang mana aku tidak boleh bergerak bebas untuk berjalan ke tandas.kalau dulu tangan aku sentiasa disambung dengan tiub sampaikan nak ke tandas,aku terpaksa memanggil nurse banyak kali.yela orang sakit kudrat tak ada suara pun tak keluar,terpaksalah panggil banyak kali.
di wad baru ni lebih selesa makcik2 yang sakit pun lebih ramah berbanding di wad pemerhatian tu.sebab di wad lama,semua orang yang aku pandang macam psiko je buatkan aku lagi takut dan cuak tak tantu pasal.rasa sunyi sebab tak ada yang sudi berbual dengan aku.di wad yang baru hanya ada aku dan 2 org makcik melayu dan india yang ramah.dan aku lebih rasa tenang sesekali mereka menegur aku...petang tu nurse datang lagi chek tekanan darah aku,nurse kali ini nampak lebih pendiam dan cekap dengan kerjanya.tapi kurang senyuman...masa dia ambil darah aku,mulanya aku takut juga kalau2 sakit.tapi aku langsung tak rasa apa2 tau2 je dah selesai dan aku kagum dengan nurse tu.aku lupa apa nama dia,tapi tak apa lah kalau jumpa aku rasa masih cam akan wajahnya.
kerjanya cekap dan teliti tapi sayang kurang senyumana.aku cuba bertanya macam mana keadaan aku pada dia dan katanya keadaan aku stabil aku sudah tidak demam lagi.tapi aku masil perlu ambil darah lagi.bila dengar je kena ambil darah lagi aku merungut sikitlah sebab sudah bosan.nurse tu senyum dengar aku merungut...comel betul senyuman dia =p malam tu aku tidur agak awal sesekali bangun untuk ke tandas.nurse bertugas berwajah ketat dan nampak garang.kebetulan air mineral sudah habis,aku mahu buka botol baru tapi tak mampu.botol baru agak ketat tambah pula tangan aku yang masih tertusuk jarun ni tak kuat nak pulas.banyak kali aku cuba buka tapi tak boleh.try minta tolong nurse tu tapi...
nurse tu buat tak tahu saja dan terus berlalu buat kerja dia tanpa pedulikan aku.aku cuba lagi masih tak berhasil,nasib baik ada seorang budak perempuan india yang tidur kat situ sebab jaga mak dia yang sakit.aku minta tolong pada dia untuk buka botol air tu,dan dia juga tolong aku isikan iar mineral tu ke botol air yang kecil untuk memudahkan aku minum nanti.dan aku sambung tidur kembali...tak berapa lama tu nurse garang tu datang untuk ambil darah aku,kerjanya ok tapi garang betul.cakap pun macam nak marah aku just tanya darah aku ok ke tak tapi dia asyik kata "minum air banyak2" dengan nada keras aku pelik aku tau la kena minum banyak air tapi kenapa nak marah? dah platelet aku yang degil tak mahu naik nak buat macam mana.
aku minta nurse tu cabutkan jarum di tangan kanan aku...di sebabkan aku rasa jarum itu tak ada kegunaan lagi buat aku sebab air normal salne sudah tidak di masukkan lagi.jadi lebih baik cabut saja jarum itu daripada terus biarkan di situ dan membengkak.dengan agak kasar nurse tu cabut tiub jarum tersebut dan dia berikan aku kapas untuk elakkan dari darah keluar.katanya "tekan sendiri saya tak nak plaster" owh,macam tu pulak okey fine aku diam jerk tekan sendiri dah dia tak bagi plaster kan.pelik betul kepala angin je memanjang datang bulan ke hape nurse ni asyik nak marah2 je.macam tak ikhlas pun ya.nak tak nak aku sabar jelah hope2 esok aku bertambah sihat dan boleh bebas dari sini...
esok pagi tu mak ayah datang hantar keperluan untuk aku,patutnya itu bukan masa lawatan.tapi keperluan ku dah kehabisan.kata mak,nanti petang dia datang lagi melawat bawa adik2 sekali,dan aku rasa senang hati.lepas sarapan pagi,doktor datang chek aku macam biasa dia akan tanya soalan2 sama...makan ok ke? dah rasa makin sihat ke? berapa kali buang air besar kecik? ada pendarahan ke? ada bintik2 merah ke? dan aku jawab semua tu tak ada melainkan bintik2 merah...ye bintik2 merah sudah mula menjelma dan aku jadi cuak balik.kaki dan tangan aku sudah mula di penuhi bintik2 merah yang agak gatal.kata doktor tak perlu risau ia akan hilang sendiri nanti.dan aku rasa lega sikit.soalan terakhir doktor paling best.."nak balik rumah tak?" sure la aku jawab nak...dan doktor tu senyum dan pergi chek pesakit lain pula.
::aiseh cerita dah nak habis ni,aku sambung nanti boleh tak?
penat pulak nak taip panjang2 nieh... =p
Beautiful_Rose
yg penting, cek darah. kalau terlambat, mmg boleh membawa maut.
ReplyDeletepnjg jgk citernye ye
ReplyDeletemcm2 ragam kt spital pon kan..
asal demam jer,aku mesti risau kalau akan ada penyakit lain yang timbul..jenuh beb nak lawan.
ReplyDeleteamboih panangnye!last aritu aku ber deal dgn nurse yg kasar dan menyakitkan hati.rase macam nak lempang je sedas!hu3
ReplyDeletegua rasa nak pitam... (gua mabuk darah, bila baca cerita amik darah kat spital rasa nak pitam) adeehh
ReplyDeleteaku dah sembuh dari demam.. hee... syukur tak de apa. AKu makan vitamin c je.. hiks...
ReplyDeletetak patutkan nurse tu baran2....
ReplyDeletetau la penat...tp tk perlu nk buat kasar... :)