Sunday, January 24, 2010

Sekali Sekala Terjaga Tengah Malam Bagus Untuk Muhasabah Diri



Assalamualaikum.....

selamat pagi kepada sesiapa yang masih lagi berjaga seperti aku...tadi beriya mengantuk menguap berkali2 mata kuyu tak mampu nak buka lagi.tapi sekarang,aku di depan pc untuk apa? nak update,masih tak puas lagi? hari nieh saja dah beberapa entry aku taip tapi masih tak puas.kenapa ye? fikiran kusut serabut macam sabut.sambil menaip entry,sambil sumbat headphone kt telinga dengar lagu cry ...dan akhirnya aku juga turut cry.....


damn! nangis2 tak habis2 nak nangis untuk apa? kau fikir sendiri,sakit sendiri sakit dihati sakit yang terlalu sakit.....sabar2 tarik nafas dalam2 pejam mata,lega.tenangkan fikiran tenangkan hati renungkan fikirkan jangan terlalu mudah menyerah.kau kuat kau tabah bukan sekali tapi dah berkali2 kau jatuh,namun kau tetap tabah untuk berdiri dan terus berlari.usah peduli yang di belakang kadang2 bersikap pentingkan diri itu juga perlu dan tak ada salahnya.ini masanya untuk kau belajar apa itu menghargai diri sendiri belajar apa itu jaga hati sendiri.kau nak harapkan orang jaga hati kau,hanya angan2 belaka.


sedih kecewa bila diri di pandang rendah kau dituduh sebagai seorang yang tak punya matlamat hidup seorang yang tak punya tujuan hidup.tak faham...kenapa mesti ada yang tak puas hati? susah senang kau bukan mereka tahu sakit perit kau bukan mereka yang tanggung.aku bagi peluang kau di sini untuk luahkan semua yang kau pendam.keluarkan semua yang tersimpan usah kau pedulikan kata2 sumbang itu biarkan saja mereka terus berkata2.kau sakit hatikan? aku faham...tapi sampai bila kau nak tangisi nasib diri? aku ada untuk kau dan akan tetap bersama kau.aku adalah engkau dan engkau adalah aku kita satu berkongsi jasad dan roh yang sama.kalau kau sakit,aku juga turut begitu.

kau ingat tak kisah seorang budak perempuan itu? budak perempuan yang menangis di tengah2 keramaian orang dimana dia hanya berseorangan tidak ada ayah dan mak menemani seperti teman2 nya yang lain? kau ingat tak masa tu di sekolah rendah itu diadakan program motivasi diri? masa itu umur budak perempuan itu 12tahun dan pada malam program motivasi itu,telah ada sesi muhasabah diri.dalam sesi itu lampu ditutup dan bergelap lah seluruh dewan senyap dan sunyi,hanya kedengaran suara seorang fasilitator yang sayup2 dan mendayu2menusuk hati sungguh! tika disentuh soal mak dan ayah,budak itu menangis.....dia rindukan mak dan ayahnya yang tercinta.

sehingga lampu dibuka,dia masih lagi menangis keseorangan di tengah2 dewan.sedangkan kawan2 nya yang lain sudah pergi mendapatkan ibu bapa masing2 yang sedang menanti diluar.dan dia masih duduk tersedu2 di tengah2 dewan keseorangan masih menanti dan berharap mak dan ayahnya datang memeluk tubuh kecil yang kurus itu.penantian demi penantian,kelibat mak dan ayah nya masih tidak kelihatan...lalu,datang seorang guru praktikal memujuknya... "jangan menangis sayang mungkin mak dan ayah ada urusan dan tidak dapat hadir malam ini" kata2 guru itu sekadar untuk menyedapkan hatinya tika itu...


di pandangnya keluar pintu,semua kawan2nya di peluk cium oleh ibu bapa masing2 dia tersentuh...manik jernih menitis lagi ke pipinya dia memeluk lutut dan menunduk kecewa...guru tadi masih lagi mengusap lembut bahu dan kepalanya yang bertudung rapi si kecil yang comel masih menangis.lalu guru tersebut berkata " menangislah kalau itu yang boleh buat kamu tenang.dan selalunya orang yang menangis pada hari ini,akan berjaya di satu masa nanti kamu seorang yang kuat dan tabah" dan kata2 itulah yang masih menjadi ingatan dan peganggan budak perempuan itu.sehingga kini,sudah bertahun berlalu tetap segar diingatannya kini.


kau masih ingatkan kisah itu? dia hanya seorang budak yang berumur 12tahun dia sering disakiti dia juga tidak punya ramai kawan dan dia juga sering dijauhi,tapi dia kuat entah berapa kali dia di kecewakan,dia tidak pernah putus asa.dia sendiri tahu akan kemampuanya,tapi dia masih tetap ingin mencuba.dan aku nak kau jadi kuat seperti dia tetap jalani hidup yang penuh kesakitan ini,biarpun satu masa nanti kau mungkin terpaksa berseorangan tanpa sesiapa disisi.....



Beautiful_Rose

5 comments:

  1. jgn bgn tgh malam p kencing n berak plak...haha...
    ~byk2kn solat sunat n doa..coz 2 per 3 mlm ramai umat sdg tido..so doa sng makbul....

    ReplyDelete
  2. kite sentiasa disaran untuk bangun di 1/3 malam untuk bermunajat kepadaNYa kerana Allah lebih dekat dengan kite pada waktu tue dah permohonan kite paling mudah untuk dikabulkan.. beruntunglah orang2 yang bangun di tengah2 malam nie di kala orang laen tengah khusyuk tidur dan dibuai mimpi2 yang indah.. :)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  3. kwn sabar ekk teruskn perjuangan k ;)

    ReplyDelete
  4. hidup tidak mudah.cuma jgn terlalu fikirkan kesedihan.:)

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah