Sunday, June 12, 2011

Potong Bahagian Yang Berkenaan Sahaja.


Cerita cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya...2minggu cuti sekolah ada juga budak2 yang mahu daftar untuk bersunat.dulu aku pernah kata aku mabuk darah,bila tengok darah tekak aku akan berasa loya.tapi dulu sebelum tu aku tak pernah alami masalah begini cuma baru penghujung tahun lepas.sedangkan aku sudah 3tahun bekerja di klinik ni,macam2 yang aku akan jumpa semua berkaitan dengan darah.zaki sudah berhenti kerja,jadi doktor sudah tidak ada asist lain yang akan gantikan tempat zaki untuk sunat budak.maka,kami2 la yang akan jadi mangsa...

untuk beberapa orang budak sebelum tu,member sekerja aku ada untuk jadi asist doktor masa tu.tapi bila member sekerja aku tu off 2 hari dah tak ada jalan lain untuk aku mengelak lagi.member sorang lagi tu masih baru lagi belum mahir lagi tapi dia sendiri menolak untuk belajar asist budak sunat.nak tak nak dah tak ada pilihan lagi,terpaksa juga la aku kuatkan diri,sampai bila kan nak terus lari.tapi entahla dulu okey je tiba2 sekarang aku jadi loya tak tau kenapa.

pagi tu aku dah siapkan semua peralatan untuk bersunat,doktor hulurkan sarung tangan pada aku.terketar2 tangan aku menyambut,semua persiapan telah tersedia dan budak tu baring.doktor suntik ubat bius pada "tut" budak tu,dan aku masih lagi menjauh tidak berani mahu dekat.aku tutup hidung untuk mengelakkan dari terhidu bau ubat bius dan alcohol swab tu.sebab bau ubat bius dan alcohol swab boleh merangsang kepala aku untuk berasa pening.langkah seterusnya doktor cuci "tut" budak tu dari semua kotoran.aku tengok doktor masih tenang,dan pada masa yang sama doktor cuba tenangkan budak tu.

sampai masa seterusnya untuk memotong bahagian kulit yang telah ditanda.nak tak nak aku terpaksa datang dekat,doktor minta aku pegang penyepit.kedua2 penyepit tu aku pegang dengan tangan kiri dan kanan,aku mendongak pandang syiling cuba mencari nafas.sebab lagi aku menunduk,akan menyebabkan urat di bahagia tengkuk menegang dan kemasukkan oksigen menjadi terhad dan boleh menyebabkan pengsan atau pitam.dengan lafas bismillah doktor menggunting kulit tu dengan gunting tajam dan aku masih lagi mendongak sambil mengucap tidak mahu memandang.

selesai kerja memotong,tugas aku adalah membungkus lebihan kulit tadi dengan gauze dan kemudian di masukkan ke dalam zip bag.langkah seterusnya adalah menjahit kembali baki kulit yang di potong tadi.aku sudah beransur tenang tidak lagi terketar2 lagi macam tadi,sesekali aku memandang muka budak tu,tak menangis sikit pun berani betul. beberapa jahitan selesai doktor buatkan dan "tut" budak tu di balut.selesai semua kerja tanpa aku alami sebarang masalah tapi rasa sedikit penat juga.semua peralatan bersunat aku cuci bersih dan keringkan kemudian di masukkan dalam peti khas untuk bunuh kuman.

esoknya masih sama ada lagi 1 kes sunat dan itu merupakan kes terakhir untuk cuti sekolah ini.nasib baik hanya seorang saja budak yang bakal di sunatkan,dan keadaan aku masih seperti semalam.tapi seawal pagi tadi aku bersarapan dulu nak menelan sebiji pil mencegah pening dan loya.alhamdulillah aku berjaya jadi asist doktor sunat budak untuk kali kedua...dan sebagai balasan,doktor berikan upah untuk kedua2 tugasan tersebut.okey selesai sudah ketakutan untuk minggu ini.tapi hujung tahun nanti mesti lagi ramai yang daftar lagi...macam tahun2 lepas tu...







Beautiful_Rose



6 comments:

  1. congratulations! Kalau aku serius boleh pengsan! Hahaha..

    ReplyDelete
  2. sib baik uncle dah lepas dah...

    ReplyDelete
  3. adehhh..

    selamat xkena sunat besaq2...kecik2 ja..ehhe

    ReplyDelete
  4. adeh. aku rasa ngeri

    ReplyDelete
  5. kalo aku tak tau lah nak kata apa.. memang tak sanggup nak tengok kot,...

    eh.. ko nurse ke? huhuhu..

    ReplyDelete
  6. hehehe.

    hujung tahun nanti,

    sehari, 10 budak.

    macam mana? =)


    anyway, congratz !

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah