Thursday, July 28, 2011

Penting Jaga Kesihatan


gambar semasa demam denggi

yang dibulatkan adalah sejenis tiub atau jarum sepanjang 2inci yang terbenam di tangan.3 semuanya tangan kiri 2 dan tangan kanan 1 untuk masuk air.bulatan kedua untuk ambil darah dan yang ini telah di picit tekan oleh nurse yang agak kasar.bulatan 3 pula adalah tiub untuk masuk air semasa di wad kecemasan juga telah menjadi mangsa picagari gergasi pada malam tersebut.dan parut dari kesan tusukkan ini,masih ada hingga sekarang.sadis rasanya semasa di dalam rawatan.

so,pada sesiapa yang tidak mahu berkeadaan begini,harap jagalah kesihatan sebaiknya.kalau ada rasa tak sedap badan,cepat2 jumpa doktor,chek takut kalau2 ada penyakit lain.jangan jadi macam aku ambil lewa soal kesihatan.ingat demam biasa je tak sangka denggi dah menular.nasib baik cepat...tak lah cepat sangat tapi kira nasib baiklah aku masih selamat dan hidup hingga kini.agak2 kalau aku tak jumpa doktor jumaat tu,rasanya aku tak akan update dah blog ni hingga kini.untuk baca entry yang lepas2 boleh klick pada link di bawah......











Beautiful_rose

Wednesday, July 27, 2011

Awas,Jika Anda Demam 5


note : Okeh kita sambung balik entry yang lepas pasal demam denggi.untuk baca entry yang lepas,tengok pada older post bulan june.aku malas nak letak link kat sini.

ini final tak ada sambung2 dah lepas ni,aku pun dah malas kot nak taip panjang2.tau jelah sejak akhir2 ni aku dah kurang kot nak berblogging.yelah entry pun entah apa2 mengarut je lebih.okeh,berbalik pada tajuk,ini sambungan dari entry 4.pagi tu,lepas je doktor habis chek kesihatan aku,mak ayah aku pun datang hantar barang2 keperluan aku.tiba2 datang seorang nurse,bagitau yang aku dah boleh balik tengahari lepas lunch nanti.so,memang itu yang aku nantikan dah tak sanggup nak duduk kat hospital kena cucuk lagi.nurse tu cakap platelet aku ada peningkatan kira aku dah terlepas dari zon bahaya la.maksud aku zon bahaya,antara hidup dengan mati.yelah bayangkan first aku masuk wad dulu platelet aku just 37 je.

tapi aku mesti pantau juga keadaan aku kat rumah mesti kerap minum air dan rehat secukupnya.kata nurse berketurunan india tu,kalau nak cepat sembuh,minum jus tembikai atau air 100 plus atau sup ketam.so,balik tu maka ayah terus beli ketam kat pasar dan balik tu mak buat sup.lama juga la tak makan ketam sebab adik kedua dengan adik lelaki allergik dengan ketam.aku pun allergik juga tapi tak la seteruk diaorang just ada masa2 aku akan allergik dengan ketam.tengahari makan sup ketam malam pun sama esok juga masih sama dan hari2 seterusnya menu yang sama.aku daripada excited terus jadi jemu.kau banyangkan siang malam asyik melantak sup ketam jer boring tau.time tu aku mula buat hal.

faham2 la orang sakit ni banyak songeh serba serbi tak kena termasuk la bab makan memang aku kerjanya nak komplen je.yelah orang lain menu best,aku pula menu asyik lauk ketam je boring kot.agaknya mak aku pun boring dengar aku merungut,akhirnya dapat jugalah aku makan ikan.tapi malam sebelum tu,dia paksa aku habiskan 2ekor ketam yang BESAR GABAK tuh.nak tak nak makan jugalah aku ketam yang terakhir malam tuh.sejak aku keluar dari hospital,dalam bilik mesti ada 2 botol air untuk aku.1 botol mineral water dan 1 lagi 100 plus,aku di wajibkan minum dua2 air tersebut hingga habis.asal kosong je mesti mak aku topup balik.sampai aku dah tak lalu nak minum lagi.

boring aku asal nampak kelibat aku je tak de lain yang mak tanye melainkan dah minum? dah makan? aiseh...boring tapi nak buat macam mana,cakap mak jangan di bantah derhaka namanya.sampaikan aku dok kat hostel ni pun aku akan letak 1 botol mineral besar dalam bilik untuk minum.kire 100 plus aku dah tak minum dah...yelah hari2 minum 100 plus jemu juga.lagi pun aku tak suka nak minum air bergas ni.sebelum minum pun aku buang dulu gasnya.kat rumah,tiap2 pagi mak aku akan bagi aku makan buah tembikai sebelum sarapan.kira duduk kat rumah mak aku la pantau makan minum aku setiap hari.sebab katanya aku,kalau tak diingatkan memang lupa nak makan. =p

selepas seminggu duduk rumah,aku kena kembali semula ke hospital untuk ambil darah lagi.haiih kau ingat lepas keluar tu kau tak kena cucuk? jangan harap...masih ada lagi 1 sesi kau kena buat nak pastikan yang keadaan kau betul2 dah pulih sepenuhnya.macam biasalah...urat aku jenis halus susah nak cari dan kebetullan dapat pula nurse yang kurang pengalaman dengan urat halus,haa...mendapatlah 4x cubaan okeh.2x cubaan dari nurse tu...tak dapat di sodoknya jarum yang terbenam.sakit bengkak dan lebam,yang hari tu tak hilang lagi,tambah lagi.dapat tapi kurang dari 2ml masih tak mencukupi.last2 dia giveup so,dia panggil sister pula.sister try buat tak dapat tak jumpa.last2 aku yang tunjukkan kat mana dia patut cucuk,dan dapat jugala 5ml akhirnya.

apa2 pun sekarang aku dah terselamat dah pun sembuh sepenuhnya dari demam denggi.aku bagitau korang2 lah yang jenis urat halus tu,tolong peka dengan kedudukan urat korang.sebab jenis urat halus ni memang payah nak jumpa.so,kalau korang peka dan tau kedudukan urat korang,tolong bagitau pada nurse atau doktor yang nak ambil darah tu.takut nanti korang juga yang naya.sakit woo kena cucuk,tapi nak buat macam mana kan,nak sihat punya pasal,rela je lah...okeh sampai sini je cerita kita kali ini.fuuhhh lega....... =p




Beautiful_Rose

Serabut



Dalam sebulan ni banyak perubahan telah terlaku dan aku sendiri.i mean entahlah sifat kerajinan tu macam dah hilang kadang2 aku rasa blur untuk sepanjang hari.dan malam pula aku rasa macam terlalu pendek,sekejap je dah kena bangun dan teruskan rutin macam biasa.sedangkan kalau boleh aku nak tidur lagi lagi dan lagi.semangat tu perlahan2 terbang semakin tinggi tinggi dan tinggi.serasa bulan ni memang teruk sampaikan aku rasa macam bukan diri aku sendiri.apa dah berlaku sebenarnya?

aku kadang2 tak faham dengan diri sendiri.kata orang luahkan jangan di pendam tapi kenapa kadang2 ada sesetengah benda tak boleh aku nak luahkan hatta dengan seseorang yang aku percayai.i need someone to talk with me.ada masa2 tertentu di serang sebak secara tiba2 sedangkan tak ada sebarang pekara menyedihkan berlaku di depan mata.atau mungkin pekara yang di simpan 1 masa dulu kembali menerjah laman minda.

bila aku cuba lari dari kebiasaan buat sesuatu yang jarang2 sekali aku buat dan hasilnya mungkin boleh buat aku tersenyum tapi hanya untuk seketika.atau aku sebenarnya perlukan rehat? tapi rasanya dah banyak kali aku berehat terlalu kerap sampaikan lumpuh semua anggota.aku tak nak macam ni terus...tapi hati ni degil sangat nak terima hakikat.kenapa? mungkin sebab aku terlalu berharap? dan bila sampai masa harapan tu bukanlah untuk aku,aku betul2 rasa macam terpukul.

bukan nak menafikan takdir cuma aku rasa semua yang berlaku terlalu cepat sampaikan aku rasa macam belum cukup bersedia untuk hadap benda2 ni.kau ingat tak sedih ke? ini impian kau sekian lama ini cita2 kau ini yang kau nak kejar tapi...dah takdir nak buat macam mana.giveup? mula2 tu aku memang dah rasa down gila yelah sebab memang nak sangat aku berpindah ke tempat baru tu nak sangat cari pengalaman baru tu.tapi tak dapat...haish dapat offer bukan sekali tapi 3x dan 3x tu juga aku terpaksa menolak.bukan kau yang mencari,tapi kerja yang mencari kau.

nak kata lumayan? tak juga aku rasa biasa2 je kat sini lebih lagi aku dapat.tapi atas sebab2 faktor yang tak mengizinkan,maka aku terpaksa kekal lagi di tempat lama.sedih betul -_-"







Beautiful_Rose


Friday, July 22, 2011

Zaman Muda Mudi



salam pagi jumaat...macam semalam punya entry mari kita teka gambar.hahaha biasalah orang kalau tak ada idea macam nilah.tapi tak pe,janji berupdate juga blog usang ni.hari ni sampai ahad aku cuti dan tidak bekerja.semasa entry ini di buat,aku sedang sibuk berkemas nak balik ke tanjung malim kejap lagi.memandangkan aku sudah jarang amat update sabtu dan ahad,maka aku buat jugalah entry untuk hari ini.alasan,kemalasan nak bawa april ni pulang sama berat beg aku nanti.lagi pula nak fokus pada encik singer...ada lagi 4pasang kain yang nak di gunting.
.
.
.
.
cuba teka yang mana 1 aku di dalam gambar ini?
.
.
dan
.
.
pada tahun bilakah gambar ini di ambil?
.
.
ngaaaa......soalan manyak senang mei.pejam mata pun dah boleh cari mana aku.mahu klue kah? erm...paling comot tu aku lah tak ada orang lain lagi.okeh itu saja untuk hari ini,selamat berteka tekilah ye encik2 dan puan2 sekalian...muuuaahhhh sayang semua! =p









Beautiful_Rose




Thursday, July 21, 2011

Tepati Janji



Hai...selamat pagi?
owh,aku merepek apa pagi2 ni nampak sangat boring kan.so,untuk hari ini update seperti biasa boring dan membosankan.dan terasa lebih heaven bila blogwalking dan buat semak kat blog orang...tak gitu? so,hari ni update ringkas.owh,teringat dulu aku pernah hutang entry pasal teka gambarkan? pada entry ini dan entry ini.so,hari ini mahu bayar hutanglah.

dan jawapannya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





sila fokus pada wajah yang di bulatkan...okeh inilah wajah sebenar perempuan gemok 68kg.tak percaya? percayalah...aku tak tipu ini memang aku sebenar.gambar2 yang aku letak dulu2 tu semua ilusi semata2 =p owh,gambar ini diambil pada tahun 2006 selepas meeting malam di kem kuala woh.okeh sekian saja untuk hari ini...









Beautiful_Rose


Wednesday, July 20, 2011

Banyak Sebab


Blog ni makin hari makin boring aku tengok.entry makin sikit dan berkurang walaupun hakikatnya ada banyak hal yang aku nak tumpahkan kat sini.tapi tak terluah,asal duduk depan april klick new post dan letak tajuk...menung seminit dua taip sebaris.dan menung lagi 15minit buka FB layan game jap sampai setengah jam.taip lagi 2baris menung lagi tangan gatal klick blog list dan blogwalking sampai berjam2 baca dan komen.buka balik blog sendiri menung lagi blur...buka FB balik buat status dan komen status balas mesej tongkat dagu dengan tangan kiri dan meneung lagi.sakit pinggang duduk lama2 dan sandar kat katil.

akhirnya entry aku sampai takat tu jelah hanya 1 perenggan tak bersambung sebab blur.dan terus save dengan niat akan sambung nanti...tapi akhirnya entry tu tergantung.hari seterusnya buka entry baru dengan tajuk baru dan entry yang semalam aku delete.dan hari2 yang berlalu terus begitu dan begini...aku mulai bosan dengan life sendiri.ada rasa sesak tapi entahlah kenapa aku abaikan saja macam tak ada apa2 yang berlaku.sedangkan dulu,aku sure akan kusut gila...tapi sekarang,semua benda aku abaikan macam tak penting.mungkin aku terlalu banyak fikir...tapi apa yang aku fikir aku sendiri pun tak tahu.annoying sungguhlah!







Beautiful_Rose


Monday, July 18, 2011

I'm Okay...



sakit hati bila dikhianati?

rasa kecewa bila di tipu?


hey,i'm ok lah...
itu cerita dulu kisah dulu hanya sekadar berkongsi pengalaman dengan kamu,kamu supaya
kamu tak terkena pekara yang sama macam aku.and thanks kepada sesiapa yang email hari tu.
move on senang bila orang cakap macam tu,tapi orang yang merasa lebih tahu.tak mengapa
yang penting hargai masa yang masih ada hargai orang di sekeliling kita hargai semua yang
kita punya hargai hidup kita.

berapa lama je nak bersedih sakit hati,sedangkan orang lain gembira.please jangan
nampakkan yang diri kau loser di mata orang2.mesti kuat! biar pun kau jatuh berkali2
cuba untuk terus bangkit semula walaupun kau rasa payah.kenapa? sebab inilah yang dinamakan hidup.seseorang pernah berkata pada aku,

"tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan.alangkah terlalu mudahnya hidup ini di rasakan jika tidak ada cabaran"








Beautiful_Rose

Friday, July 15, 2011

Siapa Stalk Siapa?


Buka FB...ada 2orang add klick dan tengok siapa gerangan.punya profile pic yang sama dengan posisi yang berbeza juga berlainan nama dan jantina empunya.reaksi aku tika itu hanya mengeluh panjang...buka profile salah seorang darinya,terlihat gambar2 bahagia dengan busana pengantin berwarna silver.kedua-dua tersenyum bahagia...aku tengok kejap dan tutup tak accept pun.beberapa hari lepas dia call aku masa aku tengah sibuk bekerja.


"hello..."

"ye,hello..."

"tengah buat apa tu?"

"tengah kerja."

"owh,kerja...sibuk ke?"

"yup sibuk sikit.biasa pagi2 macam ni patients ramai"

"oh,yeke....tak on FB?"

"eh,ada FB ke tak tahu pun..." (ayat pura2 tak tau)

"ada.baru buat...dah add dah nanti aprove ye"

"oh,okey...lama dah tak on FB tak tau pulak" (menipu sungguh aku)

"erm...tapi jangan hantar apa2 mesej ye."

"eh,kenapa pula?"

"tak ada apa2...saja.lama ke tak on FB?"

"ye lama juga bukan selalu buka pun malas..." (padahal aku ada je on)

"ada jumpe ayu? ayu ada cakap apa2 kat dia tak?"

"ayu? entah lama kot tak jumpa dia nombor telefon pun tak ada" (padahal banyak kali aku terserempak dengan ayu kat pekan.siap cerita lagi pasal kau dah kahwin)

"tak apa2 saja tanya...okeylah buat la kerja ganggu pula.nanti kita call lagi"

"owh,ok"

"salam...take care jaga kesihatan ye."

"ok,thanks"



aku tak tahu macam mana dia boleh jumpa FB aku dan aku tak faham kenapa pada masa yang sama wife dia juga add aku.yup wife dia add aku selepas 2jam dia add aku...dan sampai ke hari ni aku tak approve dua2.dan aku terkejut gila bila tengok mutual friend wife dia ada pakcik aku.bermakna wife dia student pakcik aku...kecik betul dunia ni kan.dan dari kata2 dia tu aku syak dia tak nak kantoi dengan wife dia yang dia dulu pernah punya cerita dengan aku.dan mungkin juga dia takut wife dia tahu yang dia masih lagi mahu mengejar aku biarpun dia sendiri sudah punya isteri....







Beautiful_Rose

Thursday, July 14, 2011

Bukan Pakar Motivasi




KEKASIH GELAP

aku suka kat seorang budak tu..

  • perlu ker aku luah?????



  • sebab apa hati aku terbuka untuk dia pon aku tak tau..
  • dia macam suka macam tak..
  • aku pun tak faham..
  • jadi sekarang..aku buat tak tau jer..
  • sebab aku tau aku tak kan jadi pilihan dia..


dia nak perempuan yang alim



  • aku tak faham dia..
  • dia pernah cakap lebih dari senyuman aku pun dia bakal dapat...cuma tak tau bila..
  • lepas tu...
  • aku buat istikharah..dia cakap awak tetap akan mimpi saya..saya sangat pasti..

    dia pernah bagi tau kawan dia...tak der perempuan yang dia nak dekat selain aku..

    • sebab tu lepas ni aku nk buat tak tau jer..
    • dia pernah mesej adik aku tanye pasal aku..
    • aku tak faham..
    • so,aku nak tunggu dan lihat jer...

      • ok...
      • apa pon..
    • dia orang yang buka hati aku.

      thank you.



      mesej dari kekasih gelap kepada aku...jangan di tanya apa yang aku balas pada beliau.hanya sekadar menjadi pendengar dan beri pendapat dari penilaian aku.apa yang aku nampak,lelaki tu mungkin ada bagi hint pada dia yang dia juga suka pada kekasih gelap aku.cuma mungkin juga di tak mahu terburu2 dan perlukan masa untuk itu.






Beautiful_Rose

Tuesday, July 5, 2011

Jangan Cari Penyakit


Ini bukan cerita pasal demam denggi bukan juga cerita pasal budak2 nak bersunat,itu lain entry nanti aku update.kali ini nak cakap sikit pasal benda yang tersangat penting untuk masa depan,kebahagiaan dan kesihatan.sangat2 penting aku ulang lagi sekali untuk memberi impak bertapa pentingnya hal ini PENTING! hambek kau kira berapa kali aku sebut perkataan penting kat situ? nampak ini kes serius sebab aku kecewa yang amat dengan budak remaja zaman sekarang.terlalu kecewa sebab mereka telah menghancurkan separuh daripada kebahagiaan hidup sendiri.kenapa?

aku kerja kat klinik dan gologan yang ambil rawatan kat sini bukan dewasa dan kanak2 saja remaja pun ada,malah hari2.maksud aku macam ni...klinik aku ada buat 1 program untuk memulihan golongan yang terjebak dalam gejala dadah.ini bagi mereka yang nak insaf so,datang sini untuk jalani program ini di samping pendaftaran dan kaunseling dari doktor secara percuma,tapi ubat harus bayar ye....program ini tak boleh buat suka2 hanya doktor bertauliah dan punya lesen saja di benarkan.dan mereka juga di beri ubat khas untuk mengurang atau mengawal ketagihan mereka.

selama 3tahun lebih aku bekerja kat sini,apa yang aku perhatikan,ramai juga yang berjaya pulih dan tak kurang juga yang bertambah teruk.maksud aku bertambah teruk,mereka sudah berada di paras bahaya dimana virus HIV sudah mula memakan diri mereka.dan kesudahan hidup mereka adalah mati dengan sia2.sangat2 sedih...gologan yang paling ramai mestilah dari kalangan orang2 muda dalam lingkugan 20tahun dan keatas.paling tua pun mungkin sudah berpangkat "atok" dalam lingkugan 50-an atau 60-an.setakat ini yang terpaling muda pun dalam lingkungan 16tahun ke 18tahun.sangat mengecewakan 16tahun sangat muda! sedih betul.

majoriti adalah lelaki "melayu"manakala india di tempat kedua dan cina di tempat ketiga.ini berdasarkan rekod bulanan dan tahunan yang di buat.dan baru2 ini seorang ahli baru,perempuan.buat kali pertama selepas 3tahun lebih aku bekerja di sini.masih muda umur dalam lingkungan 18tahun.baru habis sekolah! bayangkan diusia semuda itu mereka telah mensia2 kan separuh dari hidup mereka yang mana sepatutnya mereka menjadi pelapis generasi akan datang.rugikan masa muda yang sangat berharga,masa mudalah mereka nak meneroka dunia,tapi bukanlah di jalan yang salah hingga memakan diri.

setiap bulan sekali mereka harus menjalani urine test drug heroin dan morfin sebelum mengambil ubat.ada yang cuba menipu dengan mengatakan yang mereka tidak lagi mengambil dadah,tapi bila buat test,memanjang je kantoi.apa guna jalani program ini jika diri sendiri tidak dapat mengawal diri? masih lagi ambil dadah dan dalam masa yang sama tetap datang ambil ubat.tahu tak,harga ubat tu sangatlah mahal...paling sedih bila ada yang ambil ubat ini di bayar oleh ibu bapa sendiri.dan tak kurang juga pada mereka yang sudah beristeri.manakah nak tanggug anak dan bini nak beli ubat lagi.

haraplah sangat2 kepada adik2 yang masih muda,kalau terbaca entry ini,silalah ambil perhatian fikir baik2 untuk masa depan yang berharga tu.dadah tu,ko rasa sedap lalok khayal kejap je,lepas tu bila dapat penyakit,ko menderita sepanjang hayat.kalau yang terlebih dos tu,jalan teruslah jawabnya.tolonglah fikir baik2 sebelum mencuba sesuatu buruk baiknya.kos perubatan dah la mahal,tambah ko ketagih nak cari bahan pun bukan murah ye dak...dari ko bazir duit beratus2 tiap bulan,baik ko menabung.kurang2 ada juga masa depan.fikir2 kan lah...untuk kebaikkan diri sendiri jugak.






Beautiful_Rose

Monday, July 4, 2011

Bising Orang Kita


TELUR
jangan beli makanan yang ada telur,sebab kotor.tengoklah pada kulit telur yang tidak di basuh tu,masih terlekat sisa najis.kemudian tukang masak terus saja memecahkan telur tersebut tanpa di basuh terlebih dahulu.

aku : roti telur satu tambah ayam goreng potong sekali ye.


ROTI CANAI :
kau makan roti canai? tak geli ker? kau tahu,entah2 diaorang uli tepung tu guna kaki je.tahu lah berapa kilo sehari diaorng buat roti canai.mana larat nak uli tepung dengan tangan kan.elok je kau makan...sedap eh,ada perisa tambahan air kaki?

aku : roti canai satu tambah ayam goreng potong sekali eh.


TEMPE
weh,jangan makan tempeh tu lah.kau tahu tak dia orang pecahkan kulit kacang tu guna kaki? kacang banyak sioot mana larat nak guna tangan kan.lagi pun hari2 guna tangan sah,kuku diaorang rosak nanti,guna kaki kan senang kerja.

aku : sedapnya sambal tempeh nieh...


SAYUR
kau makan sayur tu? aku tak makan...mak aku cakap diaorang siram sayur tu guna air kencing untuk buat baja.tengoklah sayur tu semacam je hijaunya...lainlah kalau kau makan kat restoran ke,terjamin lah jugak.

aku : lagi banyak sayur lagi sedap.


CENDOL
sedap je kau makan cendol kat tepi jalan ni? kau rasa bersih ke? yelah diaorang berniaga kat tepi jalan ni je.mana nak dapat sumber air untuk cuci pinggang mangkuk tu semua.entah2 diaorang kitar semula kot...

aku : di terik mentari ni best kalau pekena cendol pulut kan.segar betul!



weh,aku nak bagitau ni,minda dengan pemikiran kau boleh tak tolong positif sikit? suka suki kau je buat andaian macam tu,mana kau tahu diaorang buat macam tu? kau nampak? tak nampak kan...apa kau ingat semua restoran mamak dan gerai tepi jalan tu pengotor ke? kau rasa restoran beraircond berkipas semua tu bagus sangatlah,macam tu? aku paling menyampah kot nak makan dengan orang macam ni.aku jenis tak kisah janji makanan tu halal dan terjamin.kau jangan tengok luaran je kedai buruk deko tak lawa kau sangka makanan dia pun kiok jugalah?

setakat ni tak pernah pula aku kena food poisoning makan kat tempat2 macam ni.kepala otak tak suci betul bukan takat mulut saja mencaci otak pun fitnah,dasar kotor juga hati kau ni kan.dulu tak pernah pula nak bising2 pasal benda2 macam ni,elok je kau makan sama.tapi sekarang kenapa nak keluarkan isu pasal kebersihan semua pasal keraguan kau terhadap masakkan mereka? haiih susah betul orang tak kenang jasa ni dah beri betis nak peha.dah orang belanja tu diam2 makan sudah la.kau tu tak ada duit,buat cara tak ada duit jangan nak bising kata makan sana sini kotor.standard nak besar saja...

kau pasti ke makanan kat restoran tu terjamin kebersihannya? ni la orang kita asyik nak komen je taunya.kalau banyak cakap sangat,kau masak sendirilah.dulu tak pernah pula keluar isu ni,padahal benda ni lama dah.kalau nak bahas sekali pun memang banyak gila point.contohnya sayur,ikan,daging,ayam dan lain2 bahan mentah.kau pasti ke semua benda2 tu di cuci dengan sempurna? tak kira apa jenis restoran atau kedai makan pun,samada mewah atau gerai tepi jalan.pinggan mangkuk,gelas minuman dan sudu,kau pasti mereka cuci bersih? belum kira straw dengan sudu garfu lagi.

kalau semua orang fikir macam ni,alamat bankrup la orang2 yang mengusahakan kedai makan.banyak dah aku tengok orang cakap2 pasal telur ni yang katanya ada najis.okeh la,tak semua pengusaha kedai makan buat macam tu.kalau kau pernah terkena itu nasib kau lah,tak kan kerana seorang buat taik,yang lain terpaksa terima calitannya.itu baru cakap pasal telur,kenapa kau tak sebut pasal bahan mentah lain yang kau makan tu? ayam yang kau makan tu betul ke dah di cuci? kalau nak komen,biarlah kau huraikan semua point yang ada jangan pandang pada kulit telur je.

tak faham aku kerana telur pun nak bising2 1 malaysia.tak pula kau sebut pasal bahan mentah lain.seolah2 hanya telur saja di kenal pasti sebagai bahan mentah yang kotor hanya kerana kulitnya ada calitan najis.kenapa tak persoalkan pasal ayam ikan yang tak berkulit tu.terang2 orang boleh tipu kau yelah benda dah masak dah di campur perbagai ramuan penyedap rasa.tapi kau yakin yang bahan mentah itu di basuh sebelum masak? alah sedangkan masa aku makan sayur pun aku boleh terjumpa ulat mati,inikan ayam ikan ye dak...itu sayur rebus kira selamat kau boleh nampak bendasing kat dalam tu.kalau ikan,ayam,daging yang sudah di gulaikan,boleh kau nampak ada kotoran kat situ?

tak payah nak bising2 sangatlah kawan.lainlah kot ada ulat bergerak2 dalam pinggan kau nak bising2 siapa pun heran.aku cakap macam ni,tak bermakna aku buat tak kisah je pasal kebersihan makanan.kau kepala otak ada boleh fikirlah tengok la dulu keadaan tempat makan tu macam mana.tak semestinya kedai makan yang nampak macam nak roboh tu tu kotor dan tak semestinya juga kedai yang nampak cantik tu tak ada lalat.aku kalau nak makan pun,aku tengok2 jugaklah kalau betul2 yakin ok la kalau agak macam pelik jangan la kau jadi dungu nak duduk juga.

:: tak puashati? komen la apa lagi...haiih susah beno...







Beautiful_Rose